Hari Khamis Hazim ada Ujian Aptitud tahun 6..
Apa benda lah ujian aptitud ni? Kita dulu dulu takde ujian ujian macam ni.
Jenuh google sana sini. So last last baru lah faham apa itu Ujian Aptitud..
Kat bawah ni ada detail penerangannya, untuk sesiapa yang masih juga tertanya tanya apa maksud Ujian Aptitud..
Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti)
Ujian yang mengukur potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan
Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka
Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan
Tujuan Ujian
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.
Konstruk yang diukur
Meliputi potensi intelek yang diwakili oleh:
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Minat, Kecenderungan dan
Kesediaan
Apa bezanya?
Ujian Pencapaian mengukur setakat mana murid telah menguasai pembelajaran (menoleh ke belakang)
Ujian Aptitud mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran
(memandang ke depan)
Ujian Pencapaian merujuk kurikulum
Ujian Aptitud tidak memerlukan kurikulum
Format Ujian
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item. Masa - 90 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:
Bahagian I: Kemahiran Berfikir (20 item)
Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan (20 item)
Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1 item)
Bahagian I: Kemahiran Berfikir
Berfikir secara verbal – kebolehan melihat hubungan antara perkara yang diwakili oleh nombor atau abjad atau perkataan atau rangkai kata dalam suatu siri, analogi atau logik.
Berfikir secara non verbal – kebolehan melihat hubungan antara beberapa objek yang diwakili oleh bentuk atau corak dalam suatu siri, analogi atau persamaan
Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Kebolehan menyelesai masalah dalam konteks kehidupan seharian (rutin) dan juga tidak rutin berdasarkan situasi yang dicipta
Bahagian I dan II:
Bah I - Kemahiran Berfikir (20 item)
Bah II - Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
(20 item)
4 opsyen (A, B, C, D)
Ada kunci jawapan betul
Bahagian III: (Minat, Kecenderungan & Kesediaan )
Tiada jawapan salah
Murid perlu menjawab secara jujur ikut minat, kecederungan dan kesediaan
5 opsyen: Setiap pilihan jawapan A – E memberi petunjuk minat dan kecenderungan
Item 61 tentang kesediaan murid tinggal di asrama
Contoh-contoh soalan:
Kemahiran Berfikir Secara Verbal
1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A P B R C S *D T
2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A Bulat B Kurus
*C Pendek D Rendah
Contoh Soalan:
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?
A RM150 B RM200 *C RM300 D RM600
Minat dan Kecenderungan
Antara berikut, apakah yang paling anda minati?
A Menyanyi B Memanah
C Mengaji D Membaca
Contoh Soalan: Kesediaan
Antara berikut, yang manakah pilihan anda untuk bersekolah di Tingkatan Satu?
A Tinggal di rumah dan bersekolah di sekolah berhampiran rumah anda
B Tinggal di asrama yang tidak berapa jauh daripada rumah anda
C Tinggal di asrama yang jauh daripada rumah anda
D Tinggal dan bersekolah di mana-mana sahaja
Oklah..All the best, dan Mama doakan Hazim dapat jawab dengan tenang dan cemerlang ye..
Hanita
012 4700240
hanitahamzah@gmail.com
No comments:
Post a Comment