PREMIUM BEAUTIFUL

PENGENALAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

           
Korset (corset) Premium Beautiful jenama nombor satu korset pelangsingan dan penjagaan kesihatan
 Korset Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah diiktiraf sebagai produk Superbrands yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat.

Berpandukan teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan yang cantik.

Rahsianya terdapat pada bebenang korset Premium Beautiful yang disuntik dengan bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR) yang memberi kesan kebaikan kepada pemakai. Premium beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 18 tahun dahulu sehingga kini.

Sudah ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.

Korset Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada Long Bra (coli), Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.


KEISTIMEWAAN LONG BRA (HADAPAN)

A- Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.

B- Lace 'Cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik kebawah untuk mengeluarkan isi payudara. Tindakbalas ini mengelak dari payudara jatuh. FIR juga terdapat disini, air susu tidak akan menitis-nitis/berhenti ia akan mengoptimumkan perkilangan air susu tidak berlebih tidak juga berkurang.

C- 2 batang keluli bermemori (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan . Badan akan terbentuk menjadi kon shape disini- anda akan kelihatan mantap disini.

D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur payu dara. FIR paling banyak disini untuk pembakaran lemak yang maximum keatas perut yang buncit disini.


KEISTIMEWAAN LONG BRA (BELAKANG)

A- Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama lain akan gagal disini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai Bra biasa. Keselesaan sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atau dilonggarkan ikut keselesaan masing-masing.

B- Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menyerlahkan pandangan kurus (lemak akan menjadi tipis disini) dari belakang badan anda, ia juga mempercepatkan pembentukan (shaping) di belakang badan, dan juga menambah kontur bahagian belakang. Lemak yang tebal, ajaibnya akan hilang sebaik sahaja anda memakai scara peraturan disini.

C- Rekaan 3 laras cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. Bila anda berubah ke cangkuk terakhir-TAHNIAH memang banyak perubahan sudah berlaku keatas anda!

D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar. Lemak-lemak disini akan mencair dan dibakar tanpa sedar. Jika anda gemuk, anda akan kelihatan ada 'cutting' disini- 5minit 'instant result'.

KEISTIMEWAAN BENGKUNG (HADAPAN)


A- Batang keluli memori(Ada 7 tulang kesemuanya) dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!

B- Cangkuk 3 laras disisi untuk keselesaan badan dan mempercepatkan pembakaran lemak degil disini. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

C-Perut menjadi kemas dan rata disini. Amat sesuai juga untuk kaum adam yang 'boroi'. Alamailah sendiri keberkesanannya.

KEISTIMEWAAN BENGKUNG (BELAKANG)

A-Tali ini kegunaannya untuk mengemas dan merampingkan pinggang.automatik menjadi ramping Cara menggunakannya, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut. Badan yang gemuk dan 'flabby' akan . Sesiapa yang tiada pinggang ALAMILAH SENDIRI! Sehingga kini ini belum ada rekod aduan mengatakan tali ini pernah putus. Made in Japan- bukan seperti tali biasa, sangat kukuh buatannya.

KEISTIMEWAAN GIRDLE (BELAKANG)


A-'Love Shape' nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift).

B-Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.

C-Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna. 

MATERIAL OF PREMIUM BEAUTIFUL

Pakaian Dalam Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.  

Set PREMIUM BEAUTIFUL ini mengfokuskan 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan atau pembentukan badan. 

Set PREMIUM BEAUTIFUL bukan pakaian dalam yang biasa. Ia memberi kesan serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman. Diperbuat daripada fabrik AKWATEK danAKWADYNE yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya.

CARA PEMAKAIAN YANG BETUL
 
Long Bra
  • 1-Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
  • 2-Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
  • 3-Bongkukkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
  • 4-Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
  •  5-Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.
 Waist Nipper (Bengkung)

  • 1-Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
  • 2-Betulkan kedudukannya
  • 3-Pegang tali
  • 4-Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.
  • 5-Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
  • Untuk kesan yang lebih elok, anda digalakkan memakai selama 8 jam. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan. Percayalah....saya dah rasa, anda bila lagi.

  Long Girdle
  • 1-Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle.
    2-Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'.
    3-Masukkan tangan di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
    4-Perbetulkan kedudukannya agar selesa.
    Tips :
  • Anda perlu berjalan beberapa langkah bagi memastikan kedudukan GIRDLE betul dan selesa. Jika anda terasa pedih & perit, bermakna Girdle bukan berada di kedudkan yang betul, jadi anda perlu tarik tetulang
    di bawah punggung bagi memastikan anda selesa dan nampak kemas sepanjang hari.

    CARA BASUHAN YANG BETUL


    • Cecair pekat (guna hanya 1 penutup-boleh jimat sehingga~3-4bulan)
    • Bersifat lembut di khaskan untuk lingerie wash
    • Ekstrak tumbuhan & Vitamin
    • Tidak melunturkan warna fabrik
    • Faedah kepada kelembapan kulit (lembut & 'moisture')-tidak mengeringkan kulit semasa membasuh
    • menghapuskan bakteria & bau
    • Keharuman bunga-bunga ( keharuman terasa seluruh bilik air)
    Cara-Cara Yang Betul
    • Larutkan 1 penutup 'liquid wash' dalam air suam.
    • Seelokknya gunakan baldi atau besen ( untuk merendam set PB anda)
    • Hanya Rendam 10 minit sahaja sambil gosok2 manja PB anda
    • Jirus dgn air bersih.
    • Toskan PB anda
    •  Lap dgn tuala bg pengeringan yang cepat
    • Gantung Dgn Hanger
    • Kipaskan.
    PANTANG LARANG

    ☺Dilarang menggunakan
    syampu atau losyen beralkali tinggi

    ☺Dilarang menjemur pakaian dibawah 
    sinaran cahaya matahari

    ☺Dilarang menggunakan seterika

    ☺Dilarang menggunakan mesin basuh

    ☺Dilarang memerah pakaian untuk tujuan 
    mengeringkan air

    2 comments:

    Anonymous said...

    Ini keterangan atau untuk dijual yer?? Tak nampak pun harganya?

    HANITA said...

    Keterangan dan juga untuk dijual :)
    Jika berminat untuk beli boleh hubungi saya di personal email hanitahamzah@gmail.com . Atau phone 0124700240..