Thursday, January 30, 2014

A Get Together


Dah lama dah tak keluar ramai ramai macamni. Setengah tahun ada kot. 
Yesterday was a come back :). 

There were 12 of us. We went for Lunch at Sushi King. 
Me, haven't gone to Sushi King for quite some time oredi. Puas hati semalam dapat Soft Shell Crab Temaki hehe..

The theme was Farewell, Welcome, and happy CNY for those who celebrates.
No crying and hugging activities involved, sebab farewell tu actually for internal movement jer. So we still can see each other later..

It was just a quick and normal lunch with new friends. But I love it... 



Skema nya pose..Huhu... Need more practice to relax ...

Love,
Hanita.

Monday, January 27, 2014

Kebaikan Bio Velocity Sleepmate



1/3 DARI RAKYAT MALAYSIA KURANG TIDUR akibat dari TEKANAN HIDUP dan CARA HIDUP yang tidak sihat. Kurang tidur boleh mengakibatkan penyakit merbahaya.


Latest technology - Bio Velocity Sleepmate, available for us now! 

Pelapik tilam ini ialah satu bentuk Terapi Tidur.



Antara kebaikan Bio Velocity Sleepmate:


Anti Radiasi – 

Menghasilkan cas ion yang boleh menutrealkan Medan Electro Magnet (EMFs) yang berbahaya kepada manusia. Elemen penyebab kanser ini dihasilkan oleh pelbagai alat eletronik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. 

Meningkatkan Metabolisma – 

Penggunaan Bio Velocity Sleep Mate pada waktu tidur adalah bersamaan dengan 1/3 manfaat yang anda boleh dapat semasa membuat senaman. 

Menguatkan Sistem Imunisasi Badan – 

Kebaikan imunisasi yang sihat ialah badan manusia mampu membaik pulih dengan sendirinya lebih cepat. Ini membolehkan badan manusia melawan pelbagai penyakit tanpa perlu bergantung pada medium lain seperti ubat-ubatan. 

Mempercepat Penyerapan Nutrien – 

Menggalakkan pengaliran darah dalam badan dan meningkatkan kadar oksigen dalam darah. Dengan itu nutrien akan lebih mudah diserap dan keupayaan penyembuhan sel akan turut meningkat.




Berdasarkan testimoni, BVSM telah terbukti sebagai terapi paling baik dan sesuai untuk:

  • Lumpuh
  • Insomnia 
  • Lumpuh akibat kemalangan
  • Masalah jantung
  • Strok
  • Senggugut
  • Sakit lutut
  • Tekanan darah tinggi
  • Gout
  • Sakit sendi
  • Sakit kepala / migrain
  • Kencing manis
  • Bayi menangis sebelum/selepas tidur



Kesan penggunaan BVSM:
  • Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
  • Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
  • Melegakan kepenatan dan kesakitan
  • Meningkatkan metabolism
  • Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
  • Meningkatkan tahap medan tenaga
  • Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
  • Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  • Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
  • Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
  • Menggalakkan fungsi jantung

Penjagaan Bio Velocity Sleep Mate

1. Cuci setahun sekali

2. Guna bahan cuci berorganik

3. Cuci dengan tangan secara lembut

4. Keringkan di bawah matahari

5. Di cadangkan cuci di kawasan terkena kotoran sahaja



Harga seunit ialah RM1288. 


Hubungi saya segera untuk pembelian dan keterangan lanjut..

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com


Tuesday, January 21, 2014

Adab Tidur dalam Islam

Tidur adalah satu keadaan rehat badan yang semulajadi, yang juga merupakan keperluan kita. Dah menjadi satu kemestian. Tidur itu sendiri ialah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita berehat, setelah penat bekerja mencari rezeki di siang hari.

Tapi, walaupun tidur tu dah menjadi rutin harian kita dan tak perlu pun nak diajar atau disuruh, mungkin kita belum berkesempatan untuk explore dengan lebih detail beberapa perkara penting mengenai tidur dari sudut pandangan Islam. Dan kalau pernah tahu pun, maybe kita tak teringat atau belum berkesempatan nak cuba amalkan..

Bilakah waktu tidur yang terbaik?
Waktu terbaik ialah pada malam hari, bermula dari pertengahan malam yang awal iaitu dari 10 malam, dan bangun lebih kurang satu jam sebelum Subuh atau lebih kurang 4.30 pagi.

Apa itu Qailullah?
Tidur sekejap di waktu siang, di pertengahan hari yang disertai dengan niat. Napping dalam bahasa Inggeris. 
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Cara niat Qailullah:
1) Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.
2) Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.
Tidur sekejap pada waktu siang hari ialah seperti mengecas semula bateri. Supaya kita lebih bertenaga, segar dan lebih alert untuk bangun beramal pada malam hari. 
Tapi jangan tidur siang terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar, kerana ia bakal mengundang pelbagai penyakit. Memang kita boleh rasakan kalau tidur selepas Asar, badan akan jadi lemah dan malas, sampai membawa ke Maghrib. 

Bila waktu dilarang tidur?
1- Tidur selepas makan.
2- Tidur sepanjang hari.
3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
4- Tidur pada waktu asar.
5- Tidur sebelum solat Isyak.
Posisi tidur terbaik menurut Islam dan Sains

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Adab adab tidur


1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.



Antara sunnah-sunnah Rasulullah sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Kalau bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.







Hubungi saya untuk pertanyaan mengenai Bio Velocity Sleepmate ini yang dapat membantu memperbaiki mutu tidur anda..
Harga seunit = RM1288.

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com

Wednesday, January 15, 2014

Testimoni Mineral Coffee

Sharing with you latest Mineral Coffee feedback.

This is from my old neighbour@childhood friend, Nine..
A very talented person.  Full of passion for Information Technology, Blog, Web design, Photography.. From Perlis.



Last weekend received stock Mineral Coffee dan sabun Marine Essence from Nita. First batch for sampling purpose. Nak try guna sendiri dulu sebab Nita dah banyak kali promote ni. Kena test dulu.
Feedback Mineral Coffee.
The following morning,  try minum sepeket Mineral Coffee. My first impression- sedap. Unique taste. Lemak2  +  very mild salt aftertaste di hujung. Minum pagi pagi,  aroma dan taste dia memang buat mata terus terbuka. Refreshing.
Lepas minum tu start buat kerja kerja rutin harian kat rumah. Instantly felt the effect. Rasa lebih energetic. One more thing, selalu pagi pagi tu sambil buat kerja walaupun dah mandi, rasa mengantuk tu still ada lagi, but that morning tak ngantuk pulak. Buat kerja pun rasa cergas. Best, cepat settle kerja.
Dah siap kerja di rumah, moving to my next routine of the day pulak. Cycling. Sekarang memang dah tak boleh berenggang dah dengan MTB ni, pagi petang.
Ok, time kayuh ni, the effect from Mineral Coffee was even more obvious. Dah memang cycling ni Cardio workout dan guna banyak tenaga.So normally after certain distance atau time duration, rasa penat akan mula datang. But that day rasa elok je kayuh dengan speed dan momentum yang consistent. Dah macam minum energy booster. Tak penat pulak. Memang rasa energetic.
............
The above is just a partial copypaste version of his comment.
Nak baca cerita ni sampai habis, feel free to visit his blog live.carnine9.net, or just click here .
More stories about Nine or Zulkarnain Shaari and his passion can also be found here .



Anyway, moral of the story that I wanna share here, Mineral Coffee ni dah makin luas pengaruhnya. Ramai yang dah mula tau dan dah experience sendiri betapa bestnya rasa dan benefit Mineral Coffee ni. Yang latest, orang Perlis pun dah rasa kehebatannya :)
So sesiapa yang ada di Perlis/Kedah yang nak try Mineral Coffee ni atau ada soalan berkenaan Mineral Coffee samada dari segi produk atau bisnes, boleh contact Nine @ Zulkarnain Shaari at 012-5133953.

For those who is thinking of creating side income, where ever you are, Mineral Coffee ni memang sangat sesuai.
Untuk keterangan yang lebih detail, boleh refer Mineral Coffee Income, ataupun terus hubungi saya je ok :)

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com

Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul 2014



Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
 .
21:107
Allah SWT berfirman“Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1.    Untuk menguatkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Bagi meninggikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

AMALAN SUNAT PADA HARI MAULIDUR RASUL

1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan...

ANTARA FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday, January 13, 2014

Girls Day Out

Salam... :)

How was your last weekend? Penuh terisi dengan aktiviti outdoor yang meletihkan atau just duduk di rumah rehat rehat je? Apa pun, hopefully the short break was fulfilling enough for you, in order to re energize and recharge before starting the new week today.

Just wanna share with you that my weekend was.. FANTASTIC! HAPPENING! FUN! 

Hari Sabtu kelmarin, me and my friends had a really really wonderful day. 

With all the beautiful ladies from the Authentic Circle, yang dipimpin oleh Azniza Arshad. 

Weol buat Photoshoot the whole day. Aktiviti group yang pertama untuk tahun 2014 ni.

Lokasi yang dipilih ialah Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Cantik betul tempat tu, macam kat oversea, penuh dengan pokok pain dan sitrus. 
Saujana mata memandang.





Pot kami lepak sambil dimekapkan.



Prop setup on going..


Tema Photoshoot tu ialah Picnic. 
Memang kami betul betul berpicnic, dengan makanan yang disediakan oleh Event Planner which are Cupcake, Bread, Fruits, and Pavlova. 
Marvellous !!



Ini ialah candid photo sewaktu proses makeup sedang berlangsung.
Sakit tengkuk kena sandar kat tembok tu 20 minit. 



Picnic area dan props. Disediakan oleh Event4U. 



Ni pulak brader brader cameraman. Sporting betul. Sabar je derang dengan ke'amaturan' kami semua. Masing masing pulak kaku dan keras time disuruh posing. Jenuh la jugak brader ni mengajar kami :D



 Me, Shima, Ainu.



Our beloved leader of the Authentic Circle group , Niza the lady in pink. 
Yang tengah snap picture pakai phone to Cik Ta, Niza's cousin.



One of the shot during picnic. Shot ni guna phone camera one of the ladies kot. Bukan brader cameraman tu punya. But still cantik sangat gambar ni kan!



Bergerak dari lokasi pertama ke lokasi berikutnya. Weols kena ragging, jalan kaki tengah panas terik. Huhu nak cair mekap dah rasanya. Apa apapun, bila ada orang snap gambar, muka tetap manis dan ceria hehe..



Love this picture !



And this one too !


Finally, photoshoot session ended at around 4pm.
Maka pukul 4pm itu lah baru kami dapat makan breakfast+lunch ! 
Masing masing cari air dulu. Haus yang teramat sangat, kena dera berposing tengah panas.




Kumbang dan bunga.. gambar selingan je.


Love them so much.. and really enjoy doing business together with them.
Agaknya sebab tak pernah rasa ada adik beradik perempuan kot. Syok rupanya ada sisters ni.. :)



Well..that's all for the quick update regarding our Outing day. Take note ya that these are just photos from our Phone camera mostly.

All the real official pictures from the Photoshoot will be ready in 2 weeks time. Including some Portrait photos with a bit more professional look. Professional lah sangat kan..hehe.
Tak sabar tunggu gambar gambar tu siap.

When they are ready, I will do another entry and post all those beautiful and fantastic pictures of the Authentic Circle gurlss..

So what do you think? Best tak dapat buat aktiviti macam ni? Memang best sangat!
You can't find this special bonding except in GLAM, in Dynamic Leaders Group, and specifically in the one and only Authentic Circle group. Sangat happening dan sporting semuanya tau, the Leader Azniza Arshad, dan juga beloved team members!

For us, we take things and do things seriously. Be it work, or running our GLAM business, and especially during having fun time :D

Do contact me if you are interested to join the fun, ok!

Until then...



Reach me at:
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com

Friday, January 10, 2014

Tentang hati

Salam Jumaat semua :)

Bicara tentang hati.. sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua...

Hati manusia perlu sentiasa dipantau dan dirawat, supaya terhindar dari penyakit hati. Penyakit hati yang kronik ditakuti akan memberi impak kepada keyakinan, aqidah dan keimanan. 
Kalau terasa yang kita semakin tergelincir dari laluan yang sepatutnya, cepat cepatlah kita ikhtiar untuk perbaiki diri. 

Terdapat 18 cara merawat hati:


Letakkan objektif dan sasaran untuk kita dapat lakukan beberapa langkah yang dikira paling minimum ini. Rakan rakan yang sudah berjaya capai tahap ini, Alhamdulillah. Kita yang belum, perlu lebihkan usaha.  




Nauzubillah.. semoga kita dijauhi dari penyakit Mati Hati..



Hati yang sedang gundah dan tidak tenteram juga perlu dipantau, takut lama lama dibiarkan akan bertukar menjadi masalah hati.

Ada beberapa tips yang kita boleh cuba amalkan, untuk mengurangkan tekanan:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan apa juga pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.