Sunday, February 9, 2014

Bagus ke Ikan ?

Ha..sebab pagi tadi dah pergi Pasaraya Segi shopping pelbagai jenis ikan untuk stock masak minggu depan..so hari ni rasa terpanggil nak blog pasal ikan. 

Sedikit pengetahuan am mengenai benefit IKAN pada kesihatan kita, untuk dikongsi bersama :)

Dalam menu harian atau mingguan kita, sepatutnya mesti ada ikan. Penting untuk kesihatan, dan juga untuk kelangsingan badan!

Pengambilan lauk yang tidak seimbang antara ayam, daging, dan ikan, akan menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari. Makan ayam dan daging terlampau kerap boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kolestrol tinggi.

Diet yang berasaskan ikan dapat membantu mengurangkan kadar hormon leptin yang mempengaruhi nafsu makan  secara berlebihan.
Kita boleh mencapai berat badan ideal dengan mengamalkan diet ikan. Ini bermaksud mereka yang hanya makan ikan dapat merendahkan risiko obesiti  berbanding golongan yang obses makan ayam atau daging.

Ikan juga ialah antara sumber protein yang membantu menguatkan tulang dan mencergaskan minda, membantu perkembangan dan pembaikan sel tisu, enzim dan hormon, dan pertumbuhan.

Ikan berupaya membekalkan vitamin dan mineral untuk pembentukan tulang kerana ia mengandungi vitamin D dan K. Contohnya, vitamin D dalam ikan air masin, ikan halibut, ikan tuna, dan minyak hati ikan. Pengambilan vitamin D yang berterusan amat digalakkan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Ia juga penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak kanak. 
Selain itu, ia juga mencegah otot lemah dan ritma denyutan jantung dengan lebih baik.

Kajian Persatuan Perubatan Amerika mendapati, tahap serangan jantung dalam kalangan wanita makan lima hidangan ikan seminggu jatuh sebanyak 1/3 berbanding mereka yang tidak mengamalkan menu itu.

Kajian juga menunjukkan, tulang minyak ikan dapat mengurangkan gejala kemurungan dan skizofrenia, dan mencegah Alzheimer yang menyebabkan lemah daya ingatan dan mengganggu aktiviti harian.

Khasiat ikan boleh disimpulkan seperti berikut:

  • Merendahkan hormon leptin (mengurangkan nafsu makan)
  • Meningkat stamina, mengurangkan keletihan
  • Mencerahkan kulit muka dan badan
  • Minda makin cerdas
  • Badan terasa lebih ringan
  • Mampu menikmati tidur nyenyak
  • Merendahkan risiko Obesiti
  • Membekalkan vitamin dan mineral dalam pembentukan tulang
  • Mencegah otot lemah
  • Membantu pertumbuhan gigi dan tulang kanak kanak
  • Ritma denyutan jantung akan jadi lebih baik

Tak rugi kita amalkan ikan sebagai sebahagian dari menu harian kita. Selain khasiatnya yang memang banyak, rasa ikan juga manis dan sedap, serta tidak muak. Lagipun ada macam macam resepi yang kita boleh cuba dan menggunakan kreativiti kita, untuk mempelbagaikan rasanya. 











Ini sebahagian dari contoh masakan ikan jer, ada banyak resepi lain lagi di luar sana. 
And don't forget to use your creativity too ..

Selamat menjamu selera :)

Wednesday, February 5, 2014

Promosi Bio Velocity Sleepmate

Good news to everyone!
Promosi Bio Velocity Sleepmate kini dilanjutkan hingga April. 


Seunit berharga rm1299. Tak termasuk postage cost.
Kalau beli 3 BVSM secara group atau combine dengan kawan kawan atau sedara mara, boleh dapatkan BVSM yang ke-4 dengan harga rm300 sahaja. 

Harga yang sangat berbaloi, considering the health benefits that we can get from this BVSM.

BVSM yang juga sebagai Terapi Tidur ni mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kita.

• membetulkan frekuensi yang tidak seimbang
• menguatkan gelombang aura positif
• meningkatkan sistem imun
• menstabilkan emosi
• mengurangkan tekanan
• membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi
• menyeimbangkan pH tubuh badan
• membantu dapatkan tidur dan rehat yang berkualiti 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pembelian :)

Hanita
012-4700240 (sms/whatsapp)
hanitahamzah@gmail.com (email)

Have a productive day ahead, and follow with a great night rest tonite ! :)

Thursday, January 30, 2014

A Get Together


Dah lama dah tak keluar ramai ramai macamni. Setengah tahun ada kot. 
Yesterday was a come back :). 

There were 12 of us. We went for Lunch at Sushi King. 
Me, haven't gone to Sushi King for quite some time oredi. Puas hati semalam dapat Soft Shell Crab Temaki hehe..

The theme was Farewell, Welcome, and happy CNY for those who celebrates.
No crying and hugging activities involved, sebab farewell tu actually for internal movement jer. So we still can see each other later..

It was just a quick and normal lunch with new friends. But I love it... 



Skema nya pose..Huhu... Need more practice to relax ...

Love,
Hanita.

Monday, January 27, 2014

Kebaikan Bio Velocity Sleepmate



1/3 DARI RAKYAT MALAYSIA KURANG TIDUR akibat dari TEKANAN HIDUP dan CARA HIDUP yang tidak sihat. Kurang tidur boleh mengakibatkan penyakit merbahaya.


Latest technology - Bio Velocity Sleepmate, available for us now! 

Pelapik tilam ini ialah satu bentuk Terapi Tidur.



Antara kebaikan Bio Velocity Sleepmate:


Anti Radiasi – 

Menghasilkan cas ion yang boleh menutrealkan Medan Electro Magnet (EMFs) yang berbahaya kepada manusia. Elemen penyebab kanser ini dihasilkan oleh pelbagai alat eletronik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. 

Meningkatkan Metabolisma – 

Penggunaan Bio Velocity Sleep Mate pada waktu tidur adalah bersamaan dengan 1/3 manfaat yang anda boleh dapat semasa membuat senaman. 

Menguatkan Sistem Imunisasi Badan – 

Kebaikan imunisasi yang sihat ialah badan manusia mampu membaik pulih dengan sendirinya lebih cepat. Ini membolehkan badan manusia melawan pelbagai penyakit tanpa perlu bergantung pada medium lain seperti ubat-ubatan. 

Mempercepat Penyerapan Nutrien – 

Menggalakkan pengaliran darah dalam badan dan meningkatkan kadar oksigen dalam darah. Dengan itu nutrien akan lebih mudah diserap dan keupayaan penyembuhan sel akan turut meningkat.




Berdasarkan testimoni, BVSM telah terbukti sebagai terapi paling baik dan sesuai untuk:

  • Lumpuh
  • Insomnia 
  • Lumpuh akibat kemalangan
  • Masalah jantung
  • Strok
  • Senggugut
  • Sakit lutut
  • Tekanan darah tinggi
  • Gout
  • Sakit sendi
  • Sakit kepala / migrain
  • Kencing manis
  • Bayi menangis sebelum/selepas tidur



Kesan penggunaan BVSM:
  • Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
  • Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
  • Melegakan kepenatan dan kesakitan
  • Meningkatkan metabolism
  • Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
  • Meningkatkan tahap medan tenaga
  • Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
  • Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  • Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
  • Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
  • Menggalakkan fungsi jantung

Penjagaan Bio Velocity Sleep Mate

1. Cuci setahun sekali

2. Guna bahan cuci berorganik

3. Cuci dengan tangan secara lembut

4. Keringkan di bawah matahari

5. Di cadangkan cuci di kawasan terkena kotoran sahaja



Harga seunit ialah RM1288. 


Hubungi saya segera untuk pembelian dan keterangan lanjut..

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com


Tuesday, January 21, 2014

Adab Tidur dalam Islam

Tidur adalah satu keadaan rehat badan yang semulajadi, yang juga merupakan keperluan kita. Dah menjadi satu kemestian. Tidur itu sendiri ialah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita berehat, setelah penat bekerja mencari rezeki di siang hari.

Tapi, walaupun tidur tu dah menjadi rutin harian kita dan tak perlu pun nak diajar atau disuruh, mungkin kita belum berkesempatan untuk explore dengan lebih detail beberapa perkara penting mengenai tidur dari sudut pandangan Islam. Dan kalau pernah tahu pun, maybe kita tak teringat atau belum berkesempatan nak cuba amalkan..

Bilakah waktu tidur yang terbaik?
Waktu terbaik ialah pada malam hari, bermula dari pertengahan malam yang awal iaitu dari 10 malam, dan bangun lebih kurang satu jam sebelum Subuh atau lebih kurang 4.30 pagi.

Apa itu Qailullah?
Tidur sekejap di waktu siang, di pertengahan hari yang disertai dengan niat. Napping dalam bahasa Inggeris. 
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Cara niat Qailullah:
1) Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.
2) Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.
Tidur sekejap pada waktu siang hari ialah seperti mengecas semula bateri. Supaya kita lebih bertenaga, segar dan lebih alert untuk bangun beramal pada malam hari. 
Tapi jangan tidur siang terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar, kerana ia bakal mengundang pelbagai penyakit. Memang kita boleh rasakan kalau tidur selepas Asar, badan akan jadi lemah dan malas, sampai membawa ke Maghrib. 

Bila waktu dilarang tidur?
1- Tidur selepas makan.
2- Tidur sepanjang hari.
3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
4- Tidur pada waktu asar.
5- Tidur sebelum solat Isyak.
Posisi tidur terbaik menurut Islam dan Sains

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Adab adab tidur


1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.



Antara sunnah-sunnah Rasulullah sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Kalau bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.







Hubungi saya untuk pertanyaan mengenai Bio Velocity Sleepmate ini yang dapat membantu memperbaiki mutu tidur anda..
Harga seunit = RM1288.

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com

Wednesday, January 15, 2014

Testimoni Mineral Coffee

Sharing with you latest Mineral Coffee feedback.

This is from my old neighbour@childhood friend, Nine..
A very talented person.  Full of passion for Information Technology, Blog, Web design, Photography.. From Perlis.



Last weekend received stock Mineral Coffee dan sabun Marine Essence from Nita. First batch for sampling purpose. Nak try guna sendiri dulu sebab Nita dah banyak kali promote ni. Kena test dulu.
Feedback Mineral Coffee.
The following morning,  try minum sepeket Mineral Coffee. My first impression- sedap. Unique taste. Lemak2  +  very mild salt aftertaste di hujung. Minum pagi pagi,  aroma dan taste dia memang buat mata terus terbuka. Refreshing.
Lepas minum tu start buat kerja kerja rutin harian kat rumah. Instantly felt the effect. Rasa lebih energetic. One more thing, selalu pagi pagi tu sambil buat kerja walaupun dah mandi, rasa mengantuk tu still ada lagi, but that morning tak ngantuk pulak. Buat kerja pun rasa cergas. Best, cepat settle kerja.
Dah siap kerja di rumah, moving to my next routine of the day pulak. Cycling. Sekarang memang dah tak boleh berenggang dah dengan MTB ni, pagi petang.
Ok, time kayuh ni, the effect from Mineral Coffee was even more obvious. Dah memang cycling ni Cardio workout dan guna banyak tenaga.So normally after certain distance atau time duration, rasa penat akan mula datang. But that day rasa elok je kayuh dengan speed dan momentum yang consistent. Dah macam minum energy booster. Tak penat pulak. Memang rasa energetic.
............
The above is just a partial copypaste version of his comment.
Nak baca cerita ni sampai habis, feel free to visit his blog live.carnine9.net, or just click here .
More stories about Nine or Zulkarnain Shaari and his passion can also be found here .



Anyway, moral of the story that I wanna share here, Mineral Coffee ni dah makin luas pengaruhnya. Ramai yang dah mula tau dan dah experience sendiri betapa bestnya rasa dan benefit Mineral Coffee ni. Yang latest, orang Perlis pun dah rasa kehebatannya :)
So sesiapa yang ada di Perlis/Kedah yang nak try Mineral Coffee ni atau ada soalan berkenaan Mineral Coffee samada dari segi produk atau bisnes, boleh contact Nine @ Zulkarnain Shaari at 012-5133953.

For those who is thinking of creating side income, where ever you are, Mineral Coffee ni memang sangat sesuai.
Untuk keterangan yang lebih detail, boleh refer Mineral Coffee Income, ataupun terus hubungi saya je ok :)

Hanita
012-4700240
hanitahamzah@gmail.com

Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul 2014



Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
 .
21:107
Allah SWT berfirman“Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1.    Untuk menguatkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Bagi meninggikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

AMALAN SUNAT PADA HARI MAULIDUR RASUL

1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan...

ANTARA FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)