Showing posts with label pengalaman awal premium beautiful. Show all posts
Showing posts with label pengalaman awal premium beautiful. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Cerita pagi Isnin

Hari ni nak cerita pasal apa ye..
Pagi Isnin ni ada sikit mental block..kena cari initiative sendiri untuk menaikkan mood kerja :)

Ok, kita sembang pasal Premium Beautiful ye! Ni topic yang best sebab perasaan teruja semalam masih ada.
Apa dia tu? Ha.. sendiri pun macam tak percaya.. semalam ukuran pinggang turun 2 cm compare dengan ukuran seminggu yang lalu. Kiranya semalam cukup seminggu I pakai Premium Beautiful ni. Dan memang instruction suruh pakai at least 8 jam sehari tu memang follow. I didn't expect to see any result so soon, tapi dah ada, Alhamdulillah le.. Sebab seronok dan excited punya pasal, semalam pakai PB tak bukak bukak sampai pukul 10 malam ! Actually tak perlu la nak pakai lama sangat camtu, cuma semalam tu special case sebab hati sangat happy :) . So hari ni, pemakaian PB back to normal..  

Lately dah semakin ramai ladies yang dah mula concern dengan penjagaan diri. Petang semalam jumpa kawan untuk deliver BB Plus Collagen, sembang sembang baru tau dia memang dah lama amalkan pemakainan corset ni, every day, pakai masa pergi kerja. And she really stressed out the importance of women wearing corset to help maintain our body.. patut le nampak badan dia cantik jer..rupanya memang pengguna corset.. 
But what she said is very very true. Cuba tengok balik wanita zaman dulu, kenapa badan maintain macam kerengga je.. all becoz of corset..


Cuba kita pandang di sekeliling pulak sekarang, ada ramai tak yang body macam pelakon zaman 60an tu.  Tak ramai mana pun...Malahan ramai yang sekarang ni, wajah dan badan nampak lebih tua dari usia. Tapi mentaliti kebanyakan orang, malas la nak bergaya, nak maintain maintain badan ni, aku dah kawin dah beranak dah, dah tua dah tak payah nak cantik cantik...and sadly some even resulted in mariage breakage. 


Apa kata.. kita ubah persepsi dan mentaliti kita mula dari sekarang, masih belum terlambat. Jangan malu untuk bercorset, dan jangan pedulikan jika ada orang yang memperlekehkan usaha kita tu. Kita buat dengan ikhlas dari hati, untuk kesihatan badan dan untuk kebahagiaan rumahtangga kita. Kita bukannya kacau orang pun. Cuba timbulkan minat dalam diri kita untuk cantikkan diri, for the sake of our own self, dan juga untuk hubby (untuk yang dah berkahwin la) . Let's make some efforts to beautify ourselves. Dan pastikan kita ISTIQAMAH dan latih diri supaya KONSISTEN. Bukan saja untuk kesejahteraan, keharmonian rumahtangga yang berpanjangan, kita sendiri akan rasa lebih konfiden dengan diri sendiri, dan lebih bersemangat untuk buat apa saja tugas yang menunggu, tak kiralah samada kita kerja ofis makan gaji, businesswoman, ataupun homemaker..
Jadi, pada yang dah mula, congratulation for the effort and keep it up gurlz!
Pada yang belum, jom kita mulakan sekarang!

HANITA
012 4700240
hanitahamzah@gmail.com


Sunday, June 23, 2013

Hari ke 2..

Salam readers :)

Saya nak share dengan readers semua, pengalaman saya sendiri memakai corset premium beautiful ni.

Pagi semalam masa first time nak sarungkan corset ni, mak aii berpeluh peluh. Mau nak dekat sejam dalam bilik nak completekan pakai ketiga tiga piece tu, Long Bra, Long Girdle, Waist Nipper. rasa nak nangis pun ada. Nasib baik la encik suami bagi kata kata semangat suruh teruskan usaha. Lepas tu dah settle masalah nak pakai, sepanjang hari asyik pandang jam je pulak. Bila la nak cukup 8 jam ni..tak sabar nak bukak..hehe.. Kepala pun rasa macam pening pening lalat je..

Tapi yelah, kali pertama untuk buat apa apa pun memang tak mudah ye tak? Sebab kita belum biasa, belum kenal, belum mesra lagi.

Pagi ni sebelum sarungkan premium beautiful tu, hati dok berdebar debar.. sama gak ke proses nya macam semalam ni..haishh..
Sungguh mengejutkan, 5 minit dah siap pakai!! Betullah macam apa yang dikatakan oleh pengguna pengguna premium beautiful sebelum ni. Yang susahnya cuma waktu permulaan je, bila proses penyesuaian dah selesai, semuanya jadi senang. Makan pun automatik dikurangkan. Bukan dipaksa paksa untuk kurangkan atau catu makanan dalam pinggan, tapi sendiri rasa dah kenyang so dengan rela hatinya kita sendiri je berhenti makan.

Insya Allah akan kuteruskan usaha mendapatkan balik body shape ni.. Hari hari pakai 8 jam dari sekarang, by the time Raya nanti Insya Allah akan membuahkan hasil. Dapat la melaram baju raya dengan perasaan yang confident :)