Monday, February 17, 2014

Monday motivation



What are the things that can motivate people on Monday?

  • Coffee
  • Free Food
  • Wearing favourite color 
  • New outfit
  • Making someone laugh
  • Someone making us laugh
  • A clean workspace
  • A good workout
  • A short and easy 'to-do-list'
  • Not having to go to work! 


Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it’s always your choice. Wayne Dyer

The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. - Mark Twain

The brain is a wonderful organ; it starts working the moment you get up in the morning, and does not stop until you get into the office. - Robert Frost


Hang in there! :D

Saturday, February 15, 2014

Renew passport

Pejabat Imigresen ni tak pernah nya takde orang. Pergi la hari apa pun. Walaupun sekarang dah buka half day setiap Sabtu dan Ahad. Tetap penuh jugak hari hari.

Pagi ni lepas solat Subuh dah bersiap nak ke Pejabat Imigresen kat PKNS Shah Alam. Sebelum tu buat breakfas untuk anak anak yang tak nak ikut. Dah macam hari weekdays pulak aih kena masak pagi pagi buta..

Sampai Pejabat Imigresen nak dekat pukul 8am. Ramai nya orang. Nasib baik kuota nombor hari ni masih belum habis, so dapat lah juga selesaikan urusan hari ni. Tapi dapat nombor giliran yang ke 135! 


Jenuh tunggu. Zahra ikut sama pulak, dah bawak pegi breakfast kat McDonald, pastu beli toys lagi, still nangis jugak, nak balik la, nak duduk dalam kereta la. So hubby pun bawak dia tunggu dalam kereta, tengok movie kartun dia sementara tunggu urusan renew passport ni settle.


Pukul 10.30 baru dipanggil untuk submit borang. Lepas submit borang, tunggu dalam 10 minit sebab kaunter lain panggil untuk buat payment pulak. 

Once dah bayar, tunggu lagi. Passport siap untuk collection pukul 12.30 rupanya. Apa nak buat 2 jam waiting time? Ha, balik rumah la kejap, hantar Zahra balik.

Ni baru sampai rumah. Dah pukul 11.30am. Nak start masak untuk lunch jap dulu. Sempat ke siap masak dan pegi balik ke Imigresen by 12.30?
Masa ada sejam je ni..

Haishhh..esok je lah pegi collect Passport tu... 

:)

Friday, February 14, 2014

Khasiat Kopi


Kita selalu disogok dengan cerita bahawa minum kopi tak elok untuk kesihatan.
Tapi anda tau tak, kopi ialah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan, selain dari susu dan madu.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. 

Kebaikan KOPI:

1. Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula dalam kopi tidak terlalu banyak.

2. Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafein dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.



3. Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.


Selain itu, hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.


Lagi kebaikan KOPI yang tak pernah diceritakan..


1. Hidup lebih Lama

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopi dapat menghalang pembentukan plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.


Just in case anda tertanya tanya berapa jumlah caffein kah yang akan memberi mudarat, perbandingannya adalah seperti berikut:

Kalau sehari kita minum kopi dalam 3-4 cawan, itu adalah bersamaan dengan lebih kurang 300mg caffeine, bergantung jenis minuman kopi. Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan. Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam. 
Dos  caffeine yang membahayakan dan boleh membunuh adalah sebanyak 10g bersamaan dengan 100cawan kopi dalam masa 4 jam. 
Rasanya itu ialah satu jumlah yang hampir mustahil untuk dilakukan..


Apa apa pun, setiap apa yang kita lakukan, buatlah dengan berpada pada. 

Moderation is the key.


Wallahu A'lam...


For more detail on Mineral Coffee and its benefit, click here





Dipetik dari sumber 1  & sumber 2. Tq..

Thursday, February 13, 2014

Dilema sekolah

Hari ni first day Hazim di sekolah baru. After one month at Sek Men Bukit Jelutong, now we transfer him to SMK Shah Alam.

Actually the old and new school are not too far apart, satu Bukit Jelutong residential area, satu lagi di Bukit Jelutong industrial area. Distance from our house is almost the same. In fact lokasi dan route nak ke sekolah baru ni lebih convenient sikit kot.

But that's not the reason why we decided to move him to this new school.
Ada 2 sebab kenapa me & hubby made this decision. 

Sebab pertama solat Jumaat. Di sekolah lama, he's on the afternoon session. School van datang pick up pukul 11.30 pagi setiap hari, termasuk hari Jumaat.So he ended up berapa kali dah terpaksa skip solat Jumaat. And now is just early Feb. Takkan nak skip solat Jumaat for the whole year??? Scary..

Sebab kedua, bila sekolah pada sesi petang, rasa susah nak aturkan pembahagian masa. His whole morning wasted, lepas solat Subuh tidur balik. Kalau pun tak tidur, tengok tv atau mengadap laptop/tab. Pukul 10 lebih dah siap nak pegi sekolah sebab van datang awal. Balik dari sekolah dah pukul 7.30 malam. Solat Asar ke mana, Maghrib pun rushing. Dan tak tau time bila yang nak buat homework. Nak hantar untuk mengaji dan tusyen pun susah nak squeeze masa. Except for the time when he's at school, the rest of the day become unproductive.

So hopefully tukar ke sekolah baru ni, dapat sesi pagi, things will be better. Memang dilema jugak sebab ramai yang cakap kenapa tukar ke sekolah baru which tak tau lagi prestasi sekolah tu macamana. Form 1 pun ada 2 kelas je, students masih tak ramai.

Tapi takpelah, let other people say what they want to say.
We as parents only want the best for our kids. Nobody can tell what the future will be. Semoga niat dan sebab kami buat keputusan ni diredhai Allah. Maybe ada yang kata ini perkara remeh, but to us, these 2 matters are very important. Perkara yang boleh membentuk peribadi. Planting seeds for the future.

Semoga Allah permudahkan urusan..

Monday, February 10, 2014

Pengumuman penting!

Malam Ahad kemarin baru saja dapat latest info @ good news ni.

Mulai sekarang, 4 produk di bawah ini, sudah jadi produk yang mampu milik oleh semua!

Korset Premium Beautiful


Bio Velocity Sleepmate



Biozone Food Purifier



Bio Aura(penapis air)


  
Sebagai contoh, satu set Premium Beautiful anda boleh miliki dengan hanya dari RM85 sebulan!

Bio Velocity Sleepmate pula dari RM55 sebulan! 

Nak tau lebih lanjut tentang maklumat pembayaran semua produk ini, boleh hubungi saya ok!

Wherever you are; Klang Valley, luar negeri, luar negara... you are eligible :)

Just reach me at :

012-4700240 (sms, whatsapp)
hanitasufia (wechat)

hanitahamzah@gmail.com (email)



Sunday, February 9, 2014

Bagus ke Ikan ?

Ha..sebab pagi tadi dah pergi Pasaraya Segi shopping pelbagai jenis ikan untuk stock masak minggu depan..so hari ni rasa terpanggil nak blog pasal ikan. 

Sedikit pengetahuan am mengenai benefit IKAN pada kesihatan kita, untuk dikongsi bersama :)

Dalam menu harian atau mingguan kita, sepatutnya mesti ada ikan. Penting untuk kesihatan, dan juga untuk kelangsingan badan!

Pengambilan lauk yang tidak seimbang antara ayam, daging, dan ikan, akan menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari. Makan ayam dan daging terlampau kerap boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kolestrol tinggi.

Diet yang berasaskan ikan dapat membantu mengurangkan kadar hormon leptin yang mempengaruhi nafsu makan  secara berlebihan.
Kita boleh mencapai berat badan ideal dengan mengamalkan diet ikan. Ini bermaksud mereka yang hanya makan ikan dapat merendahkan risiko obesiti  berbanding golongan yang obses makan ayam atau daging.

Ikan juga ialah antara sumber protein yang membantu menguatkan tulang dan mencergaskan minda, membantu perkembangan dan pembaikan sel tisu, enzim dan hormon, dan pertumbuhan.

Ikan berupaya membekalkan vitamin dan mineral untuk pembentukan tulang kerana ia mengandungi vitamin D dan K. Contohnya, vitamin D dalam ikan air masin, ikan halibut, ikan tuna, dan minyak hati ikan. Pengambilan vitamin D yang berterusan amat digalakkan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Ia juga penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak kanak. 
Selain itu, ia juga mencegah otot lemah dan ritma denyutan jantung dengan lebih baik.

Kajian Persatuan Perubatan Amerika mendapati, tahap serangan jantung dalam kalangan wanita makan lima hidangan ikan seminggu jatuh sebanyak 1/3 berbanding mereka yang tidak mengamalkan menu itu.

Kajian juga menunjukkan, tulang minyak ikan dapat mengurangkan gejala kemurungan dan skizofrenia, dan mencegah Alzheimer yang menyebabkan lemah daya ingatan dan mengganggu aktiviti harian.

Khasiat ikan boleh disimpulkan seperti berikut:

  • Merendahkan hormon leptin (mengurangkan nafsu makan)
  • Meningkat stamina, mengurangkan keletihan
  • Mencerahkan kulit muka dan badan
  • Minda makin cerdas
  • Badan terasa lebih ringan
  • Mampu menikmati tidur nyenyak
  • Merendahkan risiko Obesiti
  • Membekalkan vitamin dan mineral dalam pembentukan tulang
  • Mencegah otot lemah
  • Membantu pertumbuhan gigi dan tulang kanak kanak
  • Ritma denyutan jantung akan jadi lebih baik

Tak rugi kita amalkan ikan sebagai sebahagian dari menu harian kita. Selain khasiatnya yang memang banyak, rasa ikan juga manis dan sedap, serta tidak muak. Lagipun ada macam macam resepi yang kita boleh cuba dan menggunakan kreativiti kita, untuk mempelbagaikan rasanya. 











Ini sebahagian dari contoh masakan ikan jer, ada banyak resepi lain lagi di luar sana. 
And don't forget to use your creativity too ..

Selamat menjamu selera :)

Wednesday, February 5, 2014

Promosi Bio Velocity Sleepmate

Good news to everyone!
Promosi Bio Velocity Sleepmate kini dilanjutkan hingga April. 


Seunit berharga rm1299. Tak termasuk postage cost.
Kalau beli 3 BVSM secara group atau combine dengan kawan kawan atau sedara mara, boleh dapatkan BVSM yang ke-4 dengan harga rm300 sahaja. 

Harga yang sangat berbaloi, considering the health benefits that we can get from this BVSM.

BVSM yang juga sebagai Terapi Tidur ni mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kita.

• membetulkan frekuensi yang tidak seimbang
• menguatkan gelombang aura positif
• meningkatkan sistem imun
• menstabilkan emosi
• mengurangkan tekanan
• membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi
• menyeimbangkan pH tubuh badan
• membantu dapatkan tidur dan rehat yang berkualiti 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pembelian :)

Hanita
012-4700240 (sms/whatsapp)
hanitahamzah@gmail.com (email)

Have a productive day ahead, and follow with a great night rest tonite ! :)