Thursday, September 5, 2013

Kenapa susah sangat nak berniaga?

Sehari dua ni, topik sembang paling hangat tak lain tak bukan ialah kisah harga petrol Ron95 yang naik 20sen. Kecoh semua. Malam sebelum harga naik tu jalan jem pasal orang dok beratur panjang di stesen minyak sampai blocking jalan raya, sebab nak isi full tank dengan harga lama. Kemudian orang pun sibuk membuat spekulasi yang lepas ni harga barang, harga makanan akan naik jugak la. Dan masing masing dah mula buat perancangan budget keluarga. Ada yang kurangkan makan di luar, ada yang kurangkan shopping, ada yang nak start puasa Isnin dan Khamis, macam macam lagi..
Perubahan cara hidup macam ni, walaupun memang bagus sebab mengasuh kita supaya jadi lebih berjimat cermat, but actually ia takkan bagi big difference. Not sustainable. Sebanyak mana kita boleh potong budget makanan? Takkan la nak suruh anak makan sehari sekali je?! Kesian diorang, dah la perlukan khasiat dan nutrition yang cukup time tengah membesar dan bersekolah ni.. 
So apa cara lain yang ada untuk kita nak hadapi situasi kos kos yang semakin bertambah ni?

The answer is soo obvious..
.
.
.
BERNIAGA !!

Tapi...orang kita memang susah nak berniaga. Tak tau lah kenapa dan apa yang tak kena dengan berniaga, yang kadang kadang orang sanggup redah kerja makan gaji dengan pendapatan yang sedikit tapi workload yang mengalahkan senior manager, sampai family pun terpaksa dikorbankan. Kenapa tak buka mata dan minda kita untuk cuba explore dunia perniagaan? At least sebagai permulaan, sebagai Part timer pun dah ok. Immediately dapat bantu kita selesaikan masalah kesempitan wang tadi..

Takut?
Ada juga orang yang ada sikit perasaan minat dan nak mencuba berniaga, tapi takut dengan risiko..tapi agak agak berbaloi tak kita hadapi risiko tu jika ganjarannya amat besar dan lumayan? Kalau kita tak cuba, kita tak tahu kemampuan kita dan tak tau rezeki yang unlimited yang menunggu..
Janganlah sebab rasa takut, kita langsung tak nak mencuba, and end up stucked at the same place, same situation, same stress, same financial problem, same family problem... jiwa kosong..
Allah dah suruh kita berikhtiar, dan dah siap bagi clue lagi tentang kerja apakah yang kita patut cuba. Dan lepas habis berikhtiar dan usaha, kemudian Allah suruh kita berdoa pada Nya, bertawakkal dan berserah. Jangan ragu ragu walau sedikit pun yang rezeki itu ditentukan oleh Allah. 

Malu?
Apa yang nak dimalukan? Malu orang condemn kita  ke? Malu nak bercakap dengan orang ke? Malu takut barang tak dapat jual ke? 

Jangan lah malu untuk mulakan perniagaan...ada banyak kebaikannya, antaranya:

1) Berniaga amat digalakkan oleh Islam
Berniaga itu satu kegiatan yang mulia dan baik di sisi Islam. Rasulullah pernah bersabda yang 9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga.

2) Berniaga itu adalah Sunnah Rasulullah. Baginda dari kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh bapa saudaranya Abu Talib. Jadi kalau kita ikut jalan yang sama, senang senang je dah dapat pahala sunnah, as a start.

3) Dengan berniaga kita dapat kuasai ekonomi negara.

4) Harta kekayaan yang kita dapat hasil berniaga, kita boleh salurkan sedikit sebanyak sumbangan pada golongan yang memerlukan. Apa yang dikeluarkan atas jalan ini Allah akan ganti balik berlipat ganda.

5) Dengan berniaga, kita dapat melatih diri dan menguatkan kepercayaan dan perasaan kebergantungan pada Allah. Tugas kita berusaha, berdoa dan bertawakkal.Yang selebihnya kita serahkan pada Pencipta kita. Yakin..

6) Dapat menaikkan taraf hidup diri kita dan keluarga, tempat tinggal yang lebih selesa,  pendidikan yang hebat untuk anak anak kita, perlindungan yang komprehensif dari segi perubatan, dapat pergi melawat tempat tempat bersejarah di seluruh dunia, menikmati dan mengkagumi ciptaan Allah(travel macam ni pun dapat pahala tau).

Sambil sambil tu, bila berkesempatan, kita cuba tambahkan amalan amalan seperti yang disyorkan ni..



Indah nya berniaga ni..

Hanita
012 4700240

Monday, September 2, 2013

PAVLOVA

Over the last few weeks, I received lots of Pavlova orders.. Tatau pasal apa suddenly orang dok cari pavlova pulak time time post-Aidilfitri ni. Tak putus putus tempahan untuk jamuan hari raya, majlis hari jadi..
So 2-3 minggu ni memang my kitchen dok bau pavlova je la, with all the berries, kiwi, grapes... 

Pavlova

Pavlova juga

Pavlova lagi

dan lagi..

Dah anak anak pun request jugak, so buat la pulak pavlova kanak kanak..
Mini Pavlova for the kids

Anyway, thank you so much to those who ordered from me :)

Actually buat Pavlova ni tak sesusah mana..kalau ikut instruction betul betul In Sya Allah boleh jadi. Yang penting ada Mixer..nak pukul telur dengan tangan tak mampu kowt..
Pada yang nak cuba try buat, can refer to the recipe below:

BAHAN - BAHAN :

Meringue:
6 Putih Telur
1 cawan Gula Caster
1 sudu kecil cuka masakan
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu esen vanila

Topping:
Non-Dairy Whipped Cream
Assorted fruits (Strawberry, Grapes, Blueberry, Kiwi, etc etc)

Firstly, make sure equipment macam Mixer dan bowl yang kita nak guna tu kering, bersih, bebas air dan minyak dulu sebelum masukkan putih telur ke dalamnya. Dan make sure  kuning telur tak tercampur sekali dalam putih telur ye. So proses pengasingan putih telur dan kuning telur tu buat dengan hati hati.
Penting ni..kalau tak ikut arahan di atas, meringue most likely tak kan menjadi.

>> Pukul Putih Telur hingga kental dan foamy. Kelajuan mixer perlahan. Sampai dah tak cair dan bila diterbalikkan dia tak menitik.
>> Kemudian mula masukkan sedikit demi sedikit Gula Caster. Saya masukkan sesudu besar setiap 1 minit interval. During this step, naikkan kelajuan mixer. Dan masa stage ni kita akan nampak adunan meringue tu akan menjadi semakin berkilat. 
>> Kemudian masukkan sekali cuka, tepung jagung, esen vanila.
>> Pukul hingga meringue tu dah cantik berkilat dan bertanduk.
*Kalau saya buat, total mixing time at least ialah 30 min. Buat dengan sabar, bukan apa takut meringue tu tak berapa jadi nanti kalau buat nak cepat atau cincai cincai. Sebab tu saya kata most important tool is Electric Mixer..hehe..

Next step...

>> Panaskan Oven 150 C.
>> Ambil baking sheet dan lukis bulatan atas kertas tu, up to you nak saiz apa. Letakkan baking sheet tu atas oven tray.
>> Scoop meringue tadi dan ratakan atas baking sheet iteww mengikut shape bulat yang dilukis tadi. Kemudian kemas kemaskan tepi dan atas nya guna spatula ataupun kalau takde spatula, pisau or pisau butter pun boleh..
>> Bila Oven dah panas pada 150 C, masukkan meringue tadi dan bakar selama lebih kurang 75-90 minit.
* Nak tau meringue tu dah elok masak ialah bila ada nampak line crack pada meringue tu.

Biar dalam oven dulu dalam 15 minit, kemudian renggangkan pintu oven lagi 15-30 min. Lepas tu boleh lah dikeluarkan dari oven.

Sambil tunggu meringue jadi room temperature, boleh prepare topping..

>> Ambil non-dairy whipping cream tu, pukul dengan mixer sampai jadi kental dan boleh di lepa dan tak menitik.
>> Kemudian sediakan buah buahan pulak, potonglah sesuka hati  anda..
>> Sapukan whipped cream/fresh cream atas meringue, dan kemudian susun buah buahan..

Maka jadi lah Pavlova..
Sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati..

Note: Pavlova tak boleh exposed lama dalam room temperature, dia cepat soggy due to the cream topping. So I recommend jangan buat awal sangat dari time/date nak makan tu.. example if esok ada party nak hidang pavlova, hari ni petang baru buat..something like that..at least that's what I normally do la..

Enjoy sightseeing and baking ya! :D

Hanita
0124700240

 

Friday, August 30, 2013

Bio Velocity Sleepmate

Rupa nya macam comforter atau toto.. saiz queen...dan ringan.
Bio Velocity Sleepmate ni ialah pelapik tilam, cumanya ia bukan pelapik tilam biasa.


Secara ringkasnya, penggunaan Bio Velocity Sleepmate ni dapat membantu mengatasi antara masalah masalah kesihatan seperti berikut:


Pada yang masih ada mak ayah, bagus kalau kita hadiahkan BVSM ni pada mereka.Pada usia macamtu, mereka selalunya nak lebihkan beribadah. Tapi selalu diganggu dengan masalah kesihatan  menyebabkan niat nak lebih beribadah tu tergendala. Kalau mereka ada BVSM, dapatlah kurangkan sakit badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut tu semua. Dapatlah duduk lama sikit di tikar sejadah., guna BVSM buat alas bawah tikar sejadah tu.. Kalau rasa macam nak demam atau sakit sakit lenguh lenguh yang tertumpu pada kawasan tertentu, BVSM ni boleh dibuat selimut pada badan atau tempat khusus yang bermasalah.
In fact, kalau tak de masalah kesihatan yang teruk pun, bila dah semakin berusia, kualiti tidur pun jadi semakin kurang sebenarnya. Dah la badan memang dah tak kuat, tidur pun tak berkualiti, jadi makin lemah lah jadinya.
Masa ni lah kita nak rebut peluang untuk balas jasa, ikhtiar untuk  improve kualiti hidup mak ayah kita. Sementara mereka masih ada..

Untuk anak anak kita pulak, ada yang susah tidur malam, tak lena, selalu mengigau, lebih teruk pada anak anak yang ada lelah atau athma. Memanglah kita ambil ubat dan buat rawatan di hospital, tapi dalam masa yang sama cubalah juga rawatan alternatif. Lagipun bukan elok selalu depend pada ubat @ drugs ni. Not to mention kos perubatan yang kita perlu spend berulangkali..ramai yang tak mampu sebenarnya.

Time long distance driving pulak.. cuba lapik BVSM atas driver seat tu. Boleh la kurangkan keluhan encik suami..sakit pinggang, sakit belakang, sakit punggung,  lenguh kaki. Dah ada BVSM ni boleh la lagi kerap ajak pergi driving trip domestic holiday kann... :p

Yang diri kita sendiri ni pulak, pun diabaikan tanpa kita sedar. Realistically, kita bukan sentiasa sihat, cergas, ceria.. Stress kerja, stress nak uruskan hal rumahtangga, anak anak dan pelajaran diorang, etc etc. So kita sendiri pun sebenarnya..tak cukup rehat. Makin lama tahan, makin stress, silap silap boleh tekanan jiwa dan perasaan...Nauzubillah..
Keharmonian rumahtangga pun boleh terganggu macamtu. No matter what, women especially, have to stay strong coz our family depend on us.

Tak rugi kita invest sikit beli BVSM ni. Tak susah pun nak guna. Bentang atas tilam, siap untuk landing! Tak perlu nak plug in pun.. proses pemasangan (pembentangan sebenarnya :D) hanyalah once off. Lepas tu biarlah BVSM tu kat situ, tak yah usik usik dah. Untuk dapatkan benefit dia, kita cume perlu tidur atas dia jer..haha senang tak.. 

Kita cuba la address punca ketidakseimbangan dalam badan kita yang jadi penyebab macam macam penyakit tu.
Duit banyak beli katil mahal pun tak guna, kalau tidur tak boleh lena..

Contact me if you want to get one for your parents, relatives, or for your own family.. Harga satu RM1288, plus mystery gift ...

Nak mulakan bisnes sendiri dengan BVSM pun boleh!


Hanita
0124700240
hanitahamzah@gmail.com

Monday, August 26, 2013

Berpuasa di bulan Syawal

Assalamualaikum semua..
Puasa ke hari ni? Maybe ramai yang sedang mengerjakan puasa 6 dan juga mengqadha puasa Ramadhan yang lepas. For me, I plan to start my puasa 6 this week, In Sya Allah..

Memandangkan kita sedang berada di tengah Syawal ni, apakata kita ambil sedikit ilmu dan pengetahuan mengenai puasa di bulan Syawal.

note- senarai FAQ ni dipetik dari rancangan Tanyalah Ustaz, oleh Ustaz Dato' Abu Hassan Din..

S: Apakah kelebihan puasa enam Syawal?
J: Pada dasarnya, ibadat sunat jika dibuat dapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa. Namun ulama tasawwuf yang membincangkan kelebihan ibadat mengatakan puasa enam mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana ianya digandingkan bersama bulan Ramadhan. Sesiapa berpuasa Ramadhan, dan diikuti enam hari di bulan Syawal, kita dianggap berpuasa sepanjang tahun. Dengan ini tak perlulah kita ikut syariat Nabi Daud yang berpuasa selang sehari. Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, akan diampunkan dosanya. Namun, yakinkah kita yang puasa kita adalah puasa yang penuh keimanan atau puasa lapar dahaga sahaja? Oleh sebab itu, kita perlu tambah enam hari lagi di bulan Syawal, agar kita tidak berhenti mengejut selepas sebulan berpuasa.

S: Kenapa diharamkan berpuasa pada hari raya?
J: Hukum adalah ketentuan Allah – jadi sukar untuk para ulama sekalipun mencari sebabnya. Kita cuma boleh mencari kelebihan apabila sesuatu perkara disyariatkan. Dalam surah Al-Maidah, ayat 114, Mariam meminta makanan daripada Allah sebagai cara untuk meraikan raya. Oleh itu, ditafsirkan bahawa makan merupakan salah satu agenda raya dan diharamkan berpuasa.

S: Bilakah sebaik-baiknya untuk dimulakan puasa enam?
J: Sebaik-baiknya bermula pada 2 Syawal, dilakukan enam hari berturut-turut. Ada juga pendapat yang mengatakan tidak mengapa bila bermula, asalkan cukup enam hari berturut-turut dalam bulan Syawal. Ada pendapat ketiga pula mengatakan tidak mengapa jika tidak berturut-turut, asalkan cukup 6 hari dalam bulan Syawal.

S: Bolehkah diqadha puasa Ramadhan dan puasa sunat Syawal? Ada ustaz kata boleh, dan ada pula yang kata tak boleh?
J: Kedua-dua jawapan yang ustaz berikan boleh diterima. Para ulama mengatakan yang paling utama ialah mengqadha dahulu puasa yang ditinggalkan. Namun, ramai yang bertangguh-tangguh sehingga ke akhirnya. Oleh itu, jika ada orang yang ingin mengutamakan mengqadha puasa, dan bermula terus pada 2 Syawal, dan ingin mengejar kelebihan puasa sunat enam, makan boleh disekalikan niatnya. Yang tak digalakkan ialah mendahulukan puasa sunat sebelum mengqadha puasa. Islam tidaklah memberatkan kerana contohnya dalam mandi dibolehkah dibuat fardhu dan sunat sekaligus. Jadi, pada pendapat saya, boleh juga digabungkan niat qadha dan sunat sekaligus.

S: Bagaimana jika seseorang berpuasa sunat tetapi menangguhkan puasa qadha?
J: Dia sepatutnya mendahulukan yang qadha, kerana jika ditakdirkan dia meninggal sebelum sempat mengqadha, dia masih terhutang pada Allah.

S: Bagaimana jika seseorang berpuasa Ramadhan dan Syawal, tapi tak solat?
J: Betul, ramai yang begini. Mungkin hasil silap didikan ibu bapa juga yang beria-ria melatih anak-anak keci berpuasa sedangkan solat ditinggalkan. Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak solat ketika berumur 7 tahun, bukannya berpuasa. Saya bimbang juga jika dengan memaksa anak-anak berpuasa, ada kemungkinan kita mengajar mereka menipu tanpa pengetahuan kita. Solat itu lebih utama kerana ianya adalah tiang agama.

S: Bagaimana untuk berpuasa dan menghadiri rumah terbuka?
J: Saya khuatir jika terlalu banyak rumah terbuka yang perlu dihadiri sehingga terlepas peluang mengerjakan puasa sunat. Untuk menghindari perkara ini berlaku, pertama boleh maklumkan pada rakan-rakan atau saudara-mara bahawa contohnya, pada 2-7 Syawal yang kita akan berpuasa sunat dan tidak dapat menghadiri majlis rumah terbuka. Atau mungkin boleh juga pergi untuk menerima jemputan, tetapi terus balik selepas bertemu tuan rumah.

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ilmu untuk hari ini.....

Hanita
0124700240

Monday, August 19, 2013

BB Plus Collagen- Promotion & Trial pack

Sepanjang bulan puasa hari tu, banyak permintaan BB Plus Collagen dari customers, selain dari Marine Essence Beauty Bar..
Maklumlah persiapan menjelang Raya, mesti la extra cantik kan :D. Dalam banyak banyak Collagen yang ada di pasaran, BB Plus Collagen memang terhangat dan high demand sebab kesan dah boleh rasa seawal 3 hari! Kalau seminggu tu, memang dah boleh rasa dan nampak kulit lebih gebu dan pinkish, pori pori semakin kecil, eyebag makin kurang, kulit dah cerah dan makin kurang kusam.. 



BB Plus dibuat dari Fish Collagen. 
Kalau nak tahu perbandingan BB Plus Collagen dengan collagen lain di pasaran:


Sesiapa yang ada masalah jeragat, memang amat disyorkan untuk ambil BB Plus Collagen ni.
Even better if combined with Marine Essence beauty bar..

Marine Essence Beauty Bar

In short, once kita dah melangkau umur 25 tahun ke atas, memang dah perlu mulakan pengambilan supplemen collagen ni. Untuk maintain dan mantapkan kesihatan dan kecantikan kita juga.. Takde la muda muda dah sakit lutut sendi bagai, ataupun wajah kita nampak tua dari umur..

PROMOSI !

Sekarang ada promosi beli 3 kotak percuma sekotak. Sekotak worth RM180. Untung ni! 
Boleh combine beli dengan kengkawan atau adik beradik. Rugi tau kalau tak grab peluang ni.  

TRIAL PACK !
I also have a package for newbies yang teringin nak cuba BB Plus Collagen ni tapi tak nak terus beli in boxes. Ye la sometimes ada orang nak cuba samada serasi atau tak dulu kan sebelum beli kuantiti yang banyak.

7 sticks = RM 63 
For 7 days consumption.
(delivery charges free irregardless Klang Valley or Outstation)

Kalau berminat untuk cuba BB Plus Collagen ni, hubungi saya ye !

Hanita
012 4700240
hanitahamzah@gmail.com (email)
@hanitasufia (Instagram)


Sunday, August 18, 2013

Happy birthday Hanna!

HAPPY BIRTHDAY HANNA !!

Born on 16 August 2005, @ Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam.. 

Semoga hidup Hanna dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa...

Love u always <3 <3..
Mama & Abah...



hanna
Enjoying her requested birthday meal - Manhattan Fish market 

Birthday party will come later..sebab nak buat sekali dengan adik beradik nya. Meriah sikit! 

Promosi Biozone Food Purifier


Harga promosi sekarang RM 1400 !
(untuk pembelian tunai)

Bayaran ansuran juga diterima.
RM300 sebulan, selama 6 bulan.



Biozone Food Purifier 
- teknologi terkini menggunakan Ozon dalam proses menyahtoksik kan bahan bahan mentah seperti ayam, ikan, daging, makanan laut, sayur sayuran, buah buahan.

- jadikan makanan kita di rumah bebas toksik, ubat ubatan seperti antibiotik yang disuntik pada haiwan ternakan, bahan pengawet makanan laut seperti formaldehyde (bahan yang sama diguna pada mayat), racun serangga..
biozone food purifier
Biozone Food Purifier

~ Light ~
~ Mobile ~
~ Easy handling ~
~ User friendly ~
~ Easy storage ~

biozone food purifier
Ayam yang sedang dinyahtoksik
biozone food purifier
Strawberi

Demonstrasi secara percuma di tempat anda.

Hubungi saya segera:

Hanita
Call/sms/whatsapp - 012 4700240
Email - hanitahamzah@gmail.com
Instagram - @hanitasufia