Thursday, February 27, 2014

Trip to Bangkok

Pukul 4.15 waktu Thailand tadi flight touchdown di Airport Suvarnabhumi. 

Lepas settle custom dan collect luggage, sementara menunggu Hotel Limo sampai kat tempat Arrival tu, sembang sembang dengan sorang brader Thai ni. Dia tu Airport staff jugak. Baik dia, dok meneman sampai Limosin Hotel tu sampai, delay sebab stucked in the jam.

 Macam macam pesanan dia, jangan pegi situ, jangan pegi sini, bahaya sebab rusuhan belum habis. Lepas pukul 8 malam jangan keluar, elok duduk hotel je, dia kata. Siap pegi cari map sebab nak cerita pasal tempat tempat bahaya kat Bangkok ni yang patut elak. In fact, actually he said last 2 days situation here got even worse dengan bombing dan gun shootings. Seriau je dengar. 

Semoga Allah pelihara dari kejadian yang tak diingini while I'm here. Bukan datang nak berjalan jalan pun. Sebab urusan kerja, demi mencari rezeki huhu.. Dah lama tak pegi outstation. Sekali dapat pulak negara tengah bergolak. Dugaan betul.

Finally pukul 6 suku selamat tiba di Hotel Le Meridien. Jenuh meredah jem. Nasib baik dalam kereta ada wifi. Tak lah boring sangat, layan FB kejap.

Once dah check in bilik, rest jap. Rasa penat baru nak datang time tu. The room is very nice, spacious, comfy. 
Katil dia mak aih, super duper king size kowt!! Sempat snap gambar sikit. 








Mi segera Tomyam dalam Cup tu bukan hotel provide. Sendiri bawak. Dinner malam ni huhu. 
Nak cepat sebab pukul 8 malam dah turun berdiskusi pulak, with my work colleague. Preparation for tomorrow's meeting. 
Lepas makan, mandi ekspress dan bersiap just in time pukul 8 malam sini. MY time 9pm. 
Sambil tu fikir jugak. Apa lah anak anak buat kat rumah tu. At least tak risau sangat sebab Mama dan Abah datang dari kampung harini, hubby kata mama abah sampai pukul 6.30 petang tadi. Tak sempat jumpa diorang. Takpe balik Sabtu ni boleh jumpa, Insya Allah.
Atuk opah ada tu boleh la tolong tengok kan cucu 4 orang kat rumah tu :) 
Miss my kids oredi..

Habis discussion with my colleague pukul 10.30pm waktu TH. Tapi MY time dah pukul 11.30pm. Patut lah mengantuk dah. Esok nak bangun awal pulak. 7.30am dah nak gerak ke Factory, di pinggir bandar Bangkok je tapi sebab nak elak jam kena keluar awal.

So, naik bilik dan settlekan presentation slides sikit lebih kurang, update blog sikit, dan tidur...

Nite! :)

Wednesday, February 26, 2014

Green Tea

Masa operasi mengemas dapur hari minggu kelmarin, terjumpa stock Green Tea.
Beli dah lama, tapi sebab tempat simpan tu agak tersorok, langsung lupa nak minum. Nasib baik belum expired.
Tu yang nak renew istiqamah untuk amalkan minum Green Tea balik tu :)



Green Tea, seperti kita semua tau, ada banyak sangat kebaikannya. 

Antaranya:
  1. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  2. Mengurangkan aras gula dalam darah
  3. Melawan barah
  4. Menguatkan sistem imunisasi kerana mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi
  5. Menurunkan aras kolestrol, antioksidan dalam green tea boleh menurunkan kadar kolestrol
  6. Menggalakkan pembakaran lemak dan membantu dalam penurunan berat badan
  7. Membantu membuang toksin berlebihan di dalam badan dan mencantikkan kulit yang kusam, kering dan berbintik hitam
Teh hijau atau green tea telah diamalkan oleh masyarakat Cina sejak 4000 tahun yang lalu. Mereka percaya dengan meminum teh hijau , ia dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti magrain sehinggalah kemurungan.



Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya. Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. 
Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain. 
Sebab itu Teh Hijau ada banyak khasiat kesihatan berbanding teh lain.

Ada macam macam Brand Green Tea di pasaran. Ini yang biasa kita nampak di kedai..





Just a gentle remember ..

Jangan letak gula dalam Green Tea.
Dan jangan rendam uncang Green Tea dalam air yang sangat panas atau mendidih.

2 perkara ni boleh menjejaskan khasiat yang ada dalam Green Tea tu.

So for me, from now on, every morning is Mineral Coffee  Time, and afternoon is Green Tea!

Also some useful info Regarding Green Tea and Weight Loss. Please click  here  :)

Kesimpulannya:






Monday, February 24, 2014

Salted Caramel Brownies

Hari Ahad semalam terasa nak baking. 
And I decided to make my kids' favourite Dessert. Brownies. 
But this time saja buat lain dari yang biasa. 

Salted Caramel Brownies.

Ingredients quite simple, cara buat pun simple. Dan cepat.

Resepi Brownies
115g butter
100g cooking chocolate
2 biji telur
175g gula caster (nak kurangkan sikit pun boleh)
Sedikit esen vanilla
55g tepung gandum
25g serbuk koko

Resepi Salted Caramel
                                                      200g gula (1 cup)
                                            90g salted butter (6 tablespoon)
                                            120ml whipping cream (1/2 cup)
                         1/2 sudu teh garam (best to use Garam Buluh / Garam laut)

Method for Brownies:
Melt butter and cooking chocolate together. Leave the mixture to cool slightly.
Put eggs, sugar, vanilla essence in a mixing bowl and beat together until the mixture turn frothy. 
Stir in the chocolate/butter mixture until combined.
Sift flour and cocoa powder and add into the mixture.
Bake in a preheated oven (180-200 C) for 18-20 minutes.

Method for Caramel:
  1. Heat sugar in a medium saucepan over medium heat, stirring constantly with a rubber spatula.
  2. Sugar will form clumps and eventually melt into a thick brown, amber-colored liquid as you continue to stir. Be careful not to burn.
  3. Once sugar is completely melted, immediately add the butter. Be careful in this step because the caramel will bubble rapidly when the butter is added.
  4. Stir the butter into the caramel until it is completely melted, about 2-3 minutes.
  5. Very slowly, drizzle in 1/2 cup of Whipping cream. Since the Whipping cream is colder than the caramel, the mixture will rapidly bubble and/or splatter when added.
  6. Allow the mixture to boil for 1 minute. It will rise in the pan as it boils.
  7. Remove from heat and stir in the salt. Allow to cool down before using.
(Caramel ni dapat banyak, tapi bukan nak guna semua untuk Brownies ni. Boleh simpan dalam peti ais untuk future use. Ataupun, kurangkan measurement jadi separuh je untuk buat caramel tu.)

Brownies yang dah siap dibakar, lepas potong kecil, drizzle Caramel sos tu kat atas Brownies tu. 

Hasilnya memang sangat marveles. Sedap sangat! Sebab dia kombinasi rasa sweet and salty and chewy. Tak sedar dah berpotong potong makan. 
My kids pulak memang suka chocolate. Satu loyang Brownies ni kalau tak control memang boleh clear dalam 1-2 hari je. 

Percubaan letak Caramel atas brownies sebelum dibakar. Next time tak boleh buat camni. Surface dia jadi retak, tak cantik..




Prop @ Model @ Mummy's sweetheart..


A great recipe. Boleh repeat.  

Anyway, U guys pun try lah, especially Brownies lover. U won't be dissapointed .. :)

Tapi, peringatan mesra.. tak leh selalu sangat buat Caramel Brownies ni, coz it's very rich. Takut kena penyakit pulak.


Do everything in moderation :D

Tuesday, February 18, 2014

Premium Beautiful Easy Payment Plan

Good news to you ladies ! 

Sekarang nak beli set Premium Beautiful corset dah ada option untuk cara pembayaran, selain dari Cash dan credit card.

The latest facility is Easy Payment Plan,  up to 36 months repayment period. Bersamaan dengan bayaran bulanan serendah RM85 sebulan!



So sekarang nak beli Premium Beautiful dah tak perlu tunggu lama, nak kena saving dulu, catu duit makan dan duit shopping dulu, sebab nak kena kumpul duit kan..

The sooner you have your Premium Beautiful set, the sooner you can start your body slimming and shaping process!

Mudah sangat caranya. 
Dokumen yang diperlukan pun sangat minima. 

Hubungi saya jika berminat, atau jika ingin penjelasan lanjut.  

Hanita
012-4700240 (whatsapp, sms)
hanitasufia (wechat)
hanitahamzah@gmail.com (email)



Motivasi... :D



Monday, February 17, 2014

Monday motivation



What are the things that can motivate people on Monday?

  • Coffee
  • Free Food
  • Wearing favourite color 
  • New outfit
  • Making someone laugh
  • Someone making us laugh
  • A clean workspace
  • A good workout
  • A short and easy 'to-do-list'
  • Not having to go to work! 


Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it’s always your choice. Wayne Dyer

The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. - Mark Twain

The brain is a wonderful organ; it starts working the moment you get up in the morning, and does not stop until you get into the office. - Robert Frost


Hang in there! :D

Saturday, February 15, 2014

Renew passport

Pejabat Imigresen ni tak pernah nya takde orang. Pergi la hari apa pun. Walaupun sekarang dah buka half day setiap Sabtu dan Ahad. Tetap penuh jugak hari hari.

Pagi ni lepas solat Subuh dah bersiap nak ke Pejabat Imigresen kat PKNS Shah Alam. Sebelum tu buat breakfas untuk anak anak yang tak nak ikut. Dah macam hari weekdays pulak aih kena masak pagi pagi buta..

Sampai Pejabat Imigresen nak dekat pukul 8am. Ramai nya orang. Nasib baik kuota nombor hari ni masih belum habis, so dapat lah juga selesaikan urusan hari ni. Tapi dapat nombor giliran yang ke 135! 


Jenuh tunggu. Zahra ikut sama pulak, dah bawak pegi breakfast kat McDonald, pastu beli toys lagi, still nangis jugak, nak balik la, nak duduk dalam kereta la. So hubby pun bawak dia tunggu dalam kereta, tengok movie kartun dia sementara tunggu urusan renew passport ni settle.


Pukul 10.30 baru dipanggil untuk submit borang. Lepas submit borang, tunggu dalam 10 minit sebab kaunter lain panggil untuk buat payment pulak. 

Once dah bayar, tunggu lagi. Passport siap untuk collection pukul 12.30 rupanya. Apa nak buat 2 jam waiting time? Ha, balik rumah la kejap, hantar Zahra balik.

Ni baru sampai rumah. Dah pukul 11.30am. Nak start masak untuk lunch jap dulu. Sempat ke siap masak dan pegi balik ke Imigresen by 12.30?
Masa ada sejam je ni..

Haishhh..esok je lah pegi collect Passport tu... 

:)

Friday, February 14, 2014

Khasiat Kopi


Kita selalu disogok dengan cerita bahawa minum kopi tak elok untuk kesihatan.
Tapi anda tau tak, kopi ialah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan, selain dari susu dan madu.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. 

Kebaikan KOPI:

1. Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula dalam kopi tidak terlalu banyak.

2. Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafein dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.



3. Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.


Selain itu, hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.


Lagi kebaikan KOPI yang tak pernah diceritakan..


1. Hidup lebih Lama

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopi dapat menghalang pembentukan plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.


Just in case anda tertanya tanya berapa jumlah caffein kah yang akan memberi mudarat, perbandingannya adalah seperti berikut:

Kalau sehari kita minum kopi dalam 3-4 cawan, itu adalah bersamaan dengan lebih kurang 300mg caffeine, bergantung jenis minuman kopi. Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan. Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam. 
Dos  caffeine yang membahayakan dan boleh membunuh adalah sebanyak 10g bersamaan dengan 100cawan kopi dalam masa 4 jam. 
Rasanya itu ialah satu jumlah yang hampir mustahil untuk dilakukan..


Apa apa pun, setiap apa yang kita lakukan, buatlah dengan berpada pada. 

Moderation is the key.


Wallahu A'lam...


For more detail on Mineral Coffee and its benefit, click here





Dipetik dari sumber 1  & sumber 2. Tq..