Wednesday, September 11, 2013

Hazim & UPSR 2013

It's D Day !

My eldest and only son, Hazim, akan menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ni hingga hari Khamis. 

Semua perasaan bercampur baur pagi ni..
Nervous, risau, panik, syahdu, sedih, emo..
Pagi ni mamanya takde selera nak makan dan nak buat apa apa pun. Berdebar debar hati, memikirkan macamana lah Hazim di dewan peperiksaan nanti. Boleh ke jawab, faham tak soalan, cukup tak masa, ingat tak nak baca doa dan Bismillah, etc etc...

Lepas sarapan, hantar Hazim ke sekolah. Sempat lah bagi pesanan pesanan terakhir sebelum dia mula masuk dewan. Lepas hantar Hazim tu, balik rumah dan mula buat solat sunat hajat, baca doa doa yang disarankan untuk anak sedang periksa, baca yasin. 

Sebagai ibu bapa, itulah yang mampu kita bantu. Yang selebihnya mohon pada Allah supaya tenangkan hati mereka dan permudahkan urusan menuntut ilmu mereka.

Ini tips yang saya dapat dari kawan kawan. Recommended untuk ibu bapa baca ketika anak anak kita sedang berada di dewan peperiksaan.

   

Wallahualam..

Hanita
0124700240
hanitahamzah@gmail.com

No comments: