Sunday, March 30, 2014

Special Deal Premium Beautiful

Salam pagi Isnin :)

Pleased to inform that I am offering a super duper good deal for Premium Beautiful!

Untuk masa dan bilangan stok yang amat terhad.

Satu set hanya RM1500 sahaja. Dan percuma 1 bar Sabun Marine Essence.

Harga ini hanya untuk CASH BUYER.

More details about the 2 products please click Premium Beautiful and Marine Essence.




So, cepat cepat pm saya ye :) 

sms/whatsapp = 012 4700240
wechat = hanitasufia
email = hanitahamzah@gmail.com

Short trip balik kampung

Cuti sekolah seminggu ni, tak ke mana pun. Isnin sampai Khamis berderet meetings di ofis.
Dapat ambil cuti hari Jumaat je. So hari Khamis malam lepas kerja, weols gerak balik ke kampung. Sitiawan, Perak. Sampai rumah Abah & Mama dah pukul 12 lebih, sembang sembang lebih kurang pastu masuk tidur. Penat sangat, non stop dari pagi langsung takde rehat. 

Bangun pagi the next day, lepak dan sembang sembang lagi with Abah Mama. Catch up cerita cerita family, kawan, aktiviti, etc. Received pic from my 2 lil bros; Ofi dan Khairi. Share dengan Mama & Abah. Ofi dengan kereta baru dia kat Abu Dhabi. Abang Dee awal awal dah dapat try @ lenjan kereta Ofi dah. Weol punya turn nanti bila pergi sana hehee, but have to get International Driving Licence first. Senang je proses dia, dan tak mahal rasanya fee nak buat International Licence tu.


Khairi dan wifey Sue pulak tengah holiday@belated honeymoon di London. Bestnya..Diskas dengan Mama, ajak buat plan holiday ke London hujung tahun ni satu family, InsyaAllah kalau panjang umur dan cukup duit tabung..



Kat kampung, tak banyak aktiviti sangat. Lepak di rumah je, berehat. Best betul dapat makan masakan Mama sekali sekala :). 
Petang Jumaat keluar sekejap, outing ke AEON Jusco Sri Manjong. Bawak Mama sekali. Opah jalan jalan dengan cucu, layan icecream Baskin Robin :)




Macam biasa, budak kecik sorang ni la yang paling enjoy sekali kalau pergi outing :D





Sabtu lepas Zohor dah gerak balik ke Shah Alam. Sekejap je pun kat kampung. Nak siap hal sekolah anak anak pulak hari Ahad. Tapi hari Selasa petang nanti Insya Allah jumpa balik Abah & Mama. Derang akan datang Denai Alam pulak. Duduk sini sampai weekend, tolong hubby tengokkan anak. 

Me.. going to Bangkok again. Pergi Rabu balik Sabtu. Lama sikit dari biasa. Last month pergi 2 malam je. Kali ni 4 hari 3 malam. Kalau political unrest situation masih tak habis lagi kat sana, alamatnya hari hari lepas kerja, malam dok berkurung dalam bilik hotel je la melayan maggi sambil baca story book, atau tengok tv cerita Thai. Ha boleh jugak mengenang kembali zaman kecik kecik dulu, duduk Perlis selalu tengok cerita siam, sebab kat Kangar boleh dapat channel Thai. Tengok Ultraman bahasa Siam haha..

Tapi sekarang tak sure still sama ke tak. Maybe sekarang tak heran dah kot, Malaysia sekarang Astro dan macam macam cable tv dah ada, bukan setakat channel Thai, negara lain pun ada agaknya..

Till next time Kampung Serdang..

Tuesday, March 18, 2014

......

Been doing a lot of thinking lately...



It's a never ending process.
Macam macam perkara ada dalam fikiran ni. 1001 puzzle to solve.

Takpe, on the bright side, at least otak ni ligat berfikir. 
Kasi defrost balik since membeku hampir setengah tahun yang lalu :D

Dah la seminggu ni pulak schedule sangat tight. 
Tak menang tangan jugak rasa kadang kadang, hal kat tempat kerja lagi, hal di rumah lagi. Rasa nak ambik maid balik pun ada. Tapi sayang pulak nak letgo privacy yang weol dah enjoy since August last year when we ended the previous bibik's service. 

Apa apa pun yang tengah bermain di fikiran ni, balik kepada Pencipta yang Maha Kuasa. 
Mohon Allah tunjukkan jalan serta permudahkanlah urusan.
Amiin..

Wednesday, March 12, 2014

Pray for MH370

Tak dapat nak digambarkan perasaan para ahli keluarga penumpang dan krew pesawat ini sekarang. Apatah lagi nak bayangkan apa yang sedang dilalui oleh mereka yang ada dalam penerbangan itu. Allah saja yang Maha Mengetahui.


Dari kata kata Kapten Norudin Abd Majid ( MAS Former Fleet Manager B777)..

Manusia terlalu taksub kepada teknologi. Kita perlu kembali kepada Pencipta.
Ketika dunia teknologi di tahap tertinggi, inilah keajaibam Allah S.W.T mengatasi teknologi manusia.
Sebagai orang beriman, kita kena percaya kuasa Allah..






Sama samalah kita terus berdoa, meminta, merayu kepada Allah. Memohon untuk pengakhiran yang menggembirakan..

And I wish for the very best to Abang Dee and Ofi, my 2 pilot brothers. Really hope and pray that you both are safeguarded by Allah from any bad incidents while performing your duty.. Insya Allah.

-Pray for MH370-

Love, Hanita.

Monday, March 10, 2014

Mineral Coffee Top Agent

Life will never be the same after Mineral Coffee.. 
Tak percaya? Cuba dulu..



Mineral Coffee atau Kopi Garam Buluh ni dah jadi satu fenomena. Top Coffee, Top Hot Drink, Top Health Drink... Top Income generator pun!
Di mana mana dalam Semenanjung Malaysia serta Sabah Sarawak, dan juga luar negara especially Brunei, Singapura, Indonesia. Europe, Australia pun dah sampai.
 Walaupun di tempat yang tak ada stokis Hai-O, Mineral Coffee distribution tetap ada.

The magic ingredients..

Mineral Coffee atau kopi mineral ialah kopi pertama didunia dan mungkin satu-satunya kopi yang mengandungi garam buluh. Gabungan unik garam dan adunan kopi robusta tanpa gula ini memberikan kopi mineral satu rasa yang lazat serta kebaikan untuk kesihatan seluruh keluarga.

1) Biji kopi Robusta
Mineral Coffee menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi diimport dari Vietnam. Vietnam adalah pengeluar terbesar dunia kopi Robusta dan kedua terbesar selepas Brazil pengeluar kopi dunia. Kopi Robusta adalah diantara beberapa jenis kopi terkenal seperti kopi Arabica dan Liberica. Kopi Robusta lebih diminati kerana aromanya yang lebih harum dan rasanya yang lebih pekat.


Selain itu, kopi Robusta mengandungi sejenis protin dipanggil 'chlorogenic acid' yang bersifat anti-obesiti dan dapat mengurangkan penyerapan gula dalam darah. Kopi Robusta juga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding kopi jenis lain, dan sudah pastinya ia akan memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum untuk memulakan hari anda.


2) Garam Buluh
Ramuan kedua yang menjadi rahsia kebaikan Mineral Coffee ini adalah Garam Buluh. Garam Buluh Hai-O dari Korea Selatan sangat popular dengan keaslian dan kandungan khasiat yang tinggi. Garam Buluh ini sebenarnya sudah lama dimakan oleh masyarakat Korea sejak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.


Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas daripada sebarang bahan kimia dan logam berbahaya. Teknik memasak garam buluh berasal dari Korea beribu-ribu tahun dahulu, menyingkirkan sebarang pencemaran laut juga menaikkan kandungan mineral yang sedia ada dalam garam. Garam buluh mengandungi kandungan mineral magnesium yang tinggi dan mineral-mineral lain yang baik untuk badan kita seperti zat besi, kalsium dan potassium. Mineral-mineral yang ada membantu badan kita menyerap nutrien ke dalam badan.


Just a bit of a side track, mungkin tak ramai yang tahu bahawa garam sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. 

Tahukah anda....

Memakan secubit garam sebelum dan selepas makan ialah amalan Sunnah!

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Dari segi sains, garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) Klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. 

Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

Haa..sembang dengan Abah minggu lepas pasal makan garam sebelum makan ni, rupanya ni memang dah jadi amalan arwah Tok Baba (abah's father) jugak masa hayat beliau. Masa family meal, abah kata arwah Atok akan suruh semua orang cubit sikit garam dan makan, sebelum mula jamah makanan.
Excited jer dengar cerita abah. Lepas ni kitorang pun nak buat jugak, Insya Allah..

Anyway kalau nak baca dengan lebih detail tentang Sunnah memakan garam ni, boleh rujuk di sini dan sini. Credit to the blog owner :)



top agent

Mineral Coffee memang ada banyak kebaikan dan keistimewaan. 
Antaranya:
  • Kaya dengan anti-pengoksidaan
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih
  • seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium
  • Hilangkan keletihan fizikal dan mental
  • Melegakan tekanan

Mineral Coffee sesuai diminum oleh semua golongan muda dan tua, lelaki dan wanita. 
Kalau minum time pagi, memang terasa sangat keistimewaan kopi ni, perut rasa kenyang sampai tengahari, rasa lebih bertenaga, hilang mengantuk, lebih alert dan focus untuk bekerja. Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri, dan juga feedback para peminum Mineral Coffee yang dah ramai sekarang. Also good and effective for detox, membantu pelawaskan.

Juga sesuai untuk sesiapa yang mengalami situasi kesihatan seperti berikut:
  • Pesakit darah tinggimembantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.
  • Pesakit imsomniakebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.
  • Pesakit migrainpada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.
  • Pesakit kencing manisGaram Buluh  tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi.  Pesakit juga harus mengambil kira segi nasihat doktor.
  • Pesakit yang mempunyai HB(hemoglobin) rendahContohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.

Harga sekotak Mineral Coffee (20 sachet):
RM 26.50 (Semenanjung Malaysia)
RM 27.50 (Sabah & Sarawak)

Kalau nak beli dengan harga yang lebih murah, atau berminat nak jadi Mineral Coffee Agent dan generate side income dari Mineral Coffee ni, feel free to contact me :

Hanita
012-4700240 (whatsapp/sms/wechat)
hanitahamzah@gmail.com (email)

top agent




Thursday, March 6, 2014

Online Entrepreneur pilihan terbaik

Berniaga sudah menjadi satu trend sekarang. 

Kalau kita compare sekarang dan 10 tahun dulu, memang ternyata jumlah peniaga jauh lebih ramai sekarang berbanding dulu. And it is really a good news. Itu maknanya kita sekarang sudah lebih terbuka dalam menerima konsep berniaga sebagai salah satu mata pencarian pendapatan yang utama. Macam macam produk dan servis yang diniagakan. 

Tapi, bila dah ramai yang berniaga, ada challenges yang kita kena hadapi juga. Mesti pandai cari peluang supaya perniagaan kita sustain dan terus berkembang. Tak nak lah jadi macam cendawan tumbuh selepas hujan. Jangka hayat pendek sangat. Tak berbaloi masa, tenaga, wang ringgit yang dilaburkan masa nak mulakan bisnes tu.

Ada pelbagai jenis perniagaan yang boleh kita jalankan. Antaranya ialah perniagaan cara konventional, multilevelmarketing, perniagaan ber premis(kedai), perniagaan melalui social media dan online, berniaga  produk, berniaga servis atau perkhidmatan, dan sebagainya. Apa pilihan bisnes yang kita mahu bergantung pada minat dan mungkin juga bakat yang kita ada. 

Buat lah pilihan yang tepat dan berbaloi, selaras dengan situasi zaman kita sekarang ni. Cost of living yang semakin meningkat, setiap pergerakan perlukan duit, keadaan traffic jam di jalan raya yang tak berkesudahan. Based on these situations, the best option is to become an Online Entrepreneur!  

Kenapa Online Entrepreneur terbaik?


1) Tidak berisiko tinggi.
Modal setup yang rendah. Tak perlu startup cost yang besar untuk kedai dan peralatan. Cuma perlu ada komputer atau smartphone dan Internet. 

2) Bekerja untuk diri sendiri.
You are your own boss.
Tak payah report duty, punch card, kena jeling kalau terlebih masa lunch atau kalau balik pukul 5pm(consider balik awal tu)..

3) Dapat 'Passive Income'.
Passive income is an income received on a regular basis, with little effort required to maintain it.
Bisnes secara online rata rata melibatkan Passive Income. Work effortlessly at the comfort of your home, and receive income which the amount can be a lot more than your fixed monthly salary! Nak kan?

4) Tiada masa yang membosankan. 
No Monday blues :)
You plan and organise your own activities and schedules according to your own preferred time.

5) Dapat bekerja walaupun dalam pakaian rumah atau baju tidur.
:D

6) Elak dari situasi 'Morning Rush'.

Terpaksa meredah traffic jam semasa peak hours.

Nak breakfast pun sambil rushing, tak dapat nak duduk dengan tenang.
Berebut siapa dulu nak masuk bilik air ? hehe..

7) More time to practice your cooking skill.
Boleh lebih kerap masak di rumah. Home cooked food is always the best. 
Healthier, less cost, promote family bonding..

8) Dapat luaskan network dan tambah kawan. 
Lebih senang nak approach orang dan berkenalan melalui social media online, daripada face to face nak tegur orang yang kita tak kenal kan..

9) You get to choose to do what you love. 
Ada banyak sangat pilihan untuk bisnes. Just choose which one you like. Even better if you have the right skill, you can accelerate your business expansion!

10) Learn new things and lessons everyday..

Social media dan internet sentiasa berevolusi dan sangat dinamik, jadi perlu pastikan kita keep up dan up-to-date dan belajar perkara yang relevant, new tactics and techniques to ensure our business sustainability. Continue to challenge ourselves to the next level. Learning is a continuous process, irregardless of our age.

11) Potensi bisnes yang tidak terbatas.

The sky is the limit.
Business with no border.
Customer from all over the world.

And there are so many more facts that will tell us why becoming an Online Entrepreneur is the best choice..

Apapun yang anda pilih, setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. 
Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

The GOOD NEWS is..

With GLAM, the advantage is that you can still start your own Online Business even if you don't have the business and product knowledges yet.
Sebab, GLAM ni ialah satu Training Centre di mana semuanya akan di ajar dan dibimbing. 
Yang peting dan wajib ada sebagai persediaan kita cuma kemahuan untuk berniaga, dan bersedia untuk menerima pelajaran yang akan diberi. Be opened to unlearn and relearn.

Potential income sehingga 4-5 angka setiap bulan. Tempoh mula hingga sampai ke peringkat tertinggi cuma 2 tahun. Kalau kerja ofis biasa, selepas 2 tahun bekerja mungkin belum dapat gaji 5 angka lagi kot. Nak kena tunggu sampai dah 20 tahun kerja baru nak rasa gaji besar sikit. Itu pun kalau berkesempatan. Ada tempat kerja yang gaji siling pun masih hanya dalam lingkungan 4 angka je, so tak merasa lah gaji besar. 
Tapi di GLAM, peluang tu memang ada, terbuka untuk semua, tak kira umur dan pangkat. Terpulang pada masing masing untuk ambil peluang tu ataupun lepaskan macam tu je.

Buat bisnes online secara sambilan, dapat passive income setiap bulan selain dari gaji tetap bulanan. Best kan!
Macam macam boleh buat dengan extra income tu. Tutup hutang dengan bank, perbaiki taraf kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa untuk keluarga, pergi Haji dan Umrah sekeluarga, melancong sana sini, buat savings yang banyak, perlindungan Insurance perubatan yang komprehensif, shopping barang barang favourite, beli kereta idaman, banyak lagi.


Contact me if you are interested to know more about this Online Entrepreneur :)
Kita get to know each other, sambil cerita cerita :).
It is very important that you get all the required information before making a decision  to start a business, and to start WHAT business. 

Hanita
012-4700240 (sms/whatsapp)
hanitahamzah@gmail.com (email)
hanitasufia (wechat)  


Talk to you later... :)


Monday, March 3, 2014

Little bro pre-house warming

Sabtu malam kelmarin, ada jemputan makan malam. My youngest brother. Kai & wifey Su. Derang baru pindah duduk kat apartment Bukit Jelutong last 2 weeks. Masa baru kawin last year derang duduk Cheras.

So malam tu lega tak payah masak untuk makan malam. Penat tak abih lagi sebab pukul 3pm baru sampai dari Bangkok. Much appreciated from your sista!

It was a small family gathering. Mama, Abah, my family 6 of us, dan Kai & Su.
Lagi 2 orang brothers takde, Abang Dee dan Ofi. They both dah duduk kat Abu Dhabi. So dah jarang jarang sangat jumpa. 





My family pernah jugak duduk sini. Rasanya around year 2003. Masa tu anak baru nak masuk  dua orang. 
After that bila ahli keluarga semakin bertambah baru weol pindah ke landed house. 



Couch conquerer!


Everyone in the picture except me. Lupa nak snap gambar diri sendiri..

Thank you Kai & Su for the dinner!

Love, Kak Ita.