Thursday, September 5, 2013

Kenapa susah sangat nak berniaga?

Sehari dua ni, topik sembang paling hangat tak lain tak bukan ialah kisah harga petrol Ron95 yang naik 20sen. Kecoh semua. Malam sebelum harga naik tu jalan jem pasal orang dok beratur panjang di stesen minyak sampai blocking jalan raya, sebab nak isi full tank dengan harga lama. Kemudian orang pun sibuk membuat spekulasi yang lepas ni harga barang, harga makanan akan naik jugak la. Dan masing masing dah mula buat perancangan budget keluarga. Ada yang kurangkan makan di luar, ada yang kurangkan shopping, ada yang nak start puasa Isnin dan Khamis, macam macam lagi..
Perubahan cara hidup macam ni, walaupun memang bagus sebab mengasuh kita supaya jadi lebih berjimat cermat, but actually ia takkan bagi big difference. Not sustainable. Sebanyak mana kita boleh potong budget makanan? Takkan la nak suruh anak makan sehari sekali je?! Kesian diorang, dah la perlukan khasiat dan nutrition yang cukup time tengah membesar dan bersekolah ni.. 
So apa cara lain yang ada untuk kita nak hadapi situasi kos kos yang semakin bertambah ni?

The answer is soo obvious..
.
.
.
BERNIAGA !!

Tapi...orang kita memang susah nak berniaga. Tak tau lah kenapa dan apa yang tak kena dengan berniaga, yang kadang kadang orang sanggup redah kerja makan gaji dengan pendapatan yang sedikit tapi workload yang mengalahkan senior manager, sampai family pun terpaksa dikorbankan. Kenapa tak buka mata dan minda kita untuk cuba explore dunia perniagaan? At least sebagai permulaan, sebagai Part timer pun dah ok. Immediately dapat bantu kita selesaikan masalah kesempitan wang tadi..

Takut?
Ada juga orang yang ada sikit perasaan minat dan nak mencuba berniaga, tapi takut dengan risiko..tapi agak agak berbaloi tak kita hadapi risiko tu jika ganjarannya amat besar dan lumayan? Kalau kita tak cuba, kita tak tahu kemampuan kita dan tak tau rezeki yang unlimited yang menunggu..
Janganlah sebab rasa takut, kita langsung tak nak mencuba, and end up stucked at the same place, same situation, same stress, same financial problem, same family problem... jiwa kosong..
Allah dah suruh kita berikhtiar, dan dah siap bagi clue lagi tentang kerja apakah yang kita patut cuba. Dan lepas habis berikhtiar dan usaha, kemudian Allah suruh kita berdoa pada Nya, bertawakkal dan berserah. Jangan ragu ragu walau sedikit pun yang rezeki itu ditentukan oleh Allah. 

Malu?
Apa yang nak dimalukan? Malu orang condemn kita  ke? Malu nak bercakap dengan orang ke? Malu takut barang tak dapat jual ke? 

Jangan lah malu untuk mulakan perniagaan...ada banyak kebaikannya, antaranya:

1) Berniaga amat digalakkan oleh Islam
Berniaga itu satu kegiatan yang mulia dan baik di sisi Islam. Rasulullah pernah bersabda yang 9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga.

2) Berniaga itu adalah Sunnah Rasulullah. Baginda dari kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh bapa saudaranya Abu Talib. Jadi kalau kita ikut jalan yang sama, senang senang je dah dapat pahala sunnah, as a start.

3) Dengan berniaga kita dapat kuasai ekonomi negara.

4) Harta kekayaan yang kita dapat hasil berniaga, kita boleh salurkan sedikit sebanyak sumbangan pada golongan yang memerlukan. Apa yang dikeluarkan atas jalan ini Allah akan ganti balik berlipat ganda.

5) Dengan berniaga, kita dapat melatih diri dan menguatkan kepercayaan dan perasaan kebergantungan pada Allah. Tugas kita berusaha, berdoa dan bertawakkal.Yang selebihnya kita serahkan pada Pencipta kita. Yakin..

6) Dapat menaikkan taraf hidup diri kita dan keluarga, tempat tinggal yang lebih selesa,  pendidikan yang hebat untuk anak anak kita, perlindungan yang komprehensif dari segi perubatan, dapat pergi melawat tempat tempat bersejarah di seluruh dunia, menikmati dan mengkagumi ciptaan Allah(travel macam ni pun dapat pahala tau).

Sambil sambil tu, bila berkesempatan, kita cuba tambahkan amalan amalan seperti yang disyorkan ni..



Indah nya berniaga ni..

Hanita
012 4700240

No comments: