Sunday, December 8, 2013

Cuti-cuti Utara - part 1

Hari Isnin 2 Dec haritu, kami sekeluarga jalan jalan ke utara tanahair. Journey by road. 

Percutian ni actually tak dirancang betul betul pun. Memang anak anak dah request since sebelum mula cuti sekolah lagi, nak pergi jalan mana mana. Cuma belum decide time tu samada nak ke Utara atau ke Pantai Timur. Dalam 2 minggu sebelum pergi sebenarnya barulah keputusan dibuat untuk pergi North. Pantai Timur was ruled out sebab banjir. Postpone nak pergi Kelantan to next year InsyaAllah, tapi memang tak boleh tunggu hujung tahun, kalau tidak asyik tak jadi je la coz banjir hujung tahun tu memang almost every year kan.

Trip kali ni bersama dengan ibu mertuaku, dan my hubby's brother and his family. Siblings dia yang lain tak dapat ikut atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

My own parents and siblings pun takde dalam trip ni. Actually my sibling kat sini pun dah tinggal sorang je, my youngest brother. Lagi 2 brothers dah berhijrah ke Abu Dhabi. 
But anyway weol plan nanti nak repeat Utara trip ni dengan my own parents and family pulak.

Hari Isnin tu, pukul 8 pagi kami bergerak dari rumah. Dari Denai Alam menuju ke R&R Rawang, where we were supposed to meet hubby's brother, sebelum convoy sekali. 

Weol tak singgah breakfast kat kedai pun. Leceh pagi pagi tu, dah la nak bangunkan anak anak dan nak bersiap pun macam nak berperang, kalau nak singgah kedai untuk sarapan pulak alamatnya pukul 10 la baru nak gerak. So malam sebelum tu buat karipap daging, pagi Isnin goreng untuk sarapan dan jugak untuk bekal dalam kereta. Top up dengan Nugget sikit.. Settle dah breakfast. Dan jimat.. :D


Dan bermulalah perjalanan kami melalui Lebuhraya Utara Selatan...
Tak banyak aktiviti during the journey sebab duduk dalam kereta je.. Sempat melayan perasaan sambil imagine macamana lah rupa Perlis tu nanti. Lama sangat tak pergi. 
28 years. 
Pagi tu pulak hujan. So driving agak slow, but takpe biar lambat asal selamat tiba ke destinasi. Matlamat kami ialah nak sampai ke Perlis (safe and sound) sebelum lewat petang.
Sambil berangan tu sempat la jugak snap pictures sikit sikit. Guna camera I Phone jer..



Approaching the Gua Tempurung in Perak




Tengah boring dalam kereta



Dalam pukul 2 petang, kami dah sampai Sungai Petani. Dari Exit Sungai Petani kami keluar dari highway nak cari masjid.
Lepas selesai urusan solat, urusan Lunch pulak. Masing masing dah lapar. Based on info dari encik Google, ada tempat best tak jauh dari masjid tu. 
D' Cherry Corner. Warung style, tepi jalan. 
Memang ok.. food taste as well as price. Dan memang penuh je tempat tu. Recommended.. :)

Address nya:
809, Lebuh Delima, Taman Delima
08000 Sungai Petani



Menu yang kami order: Laksa, Mi Kari, Moi Sup, Bihun Sup, Mi Rebus.. Semua best !

Hanna and me

 Zahra and me

Excited bila dah mula nampak bendang kiri kanan jalan
 
Tandanya kami dah ada di Utara :D 
Yeay! 


On the way nak ke Jejawi tempat Homestay yang kami book, lalu depan Istana Arau.


Masjid Arau
 

Kami selamat tiba di Homestay di Taman Seri Lanchang dalam pukul 5 petang.
Rumah corner Lot. Tapi lupa pulak nak snap pic Homestay.
Homestay tu betul betul sebelah Sekolah Menengah Syed Sirajuddin. Sekolah tempat Mama mengajar masa my family duduk Perlis dulu. 

Sampai sampai tu terus unload barang barang dari kereta, dan susun lebih kurang dalam bilik masing masing. Lepas mandi, freshen up, keluar balik.. 
Misi mencari makan untuk Dinner. 
Homestay owner tu recommend satu tempat ni.. Embun Dingin. Steamboat & Bbq restaurant dekat dengan Anjung Keli.
Dinner hari ni best. Steamboat & Bbq tu Rm10 per pax, eat all you can. 
Tapi jangan ambil lebih lebih lepas tu tak habiskan pulak, nanti kena charge. Membazir pun kan buat camtu..
Kids order menu ala carte - nasi goreng Cina, nasi goreng Pataya. Ok not bad.




Time holiday ni chef cuti, so assistant chef take over.  Tq mr hubby tolong masakkan :D

Lapar sangat Zahra tu, nasi sampai naik kat pipi ;p



Memang puas hati makan kat sini. Lupa nak snap satu lagi pic. 
Pau! Sedap sangat!! Ada pau kaya dan pau kacang. But I like pau kacang. Memang sangat lembut, dan inti kacang pun banyak.   



Dinner was the last agenda for the day. Lepas tu balik Homestay dan bersiap untuk tidur. Badan penat travel dari pagi, lenguh duduk lama dalam kereta.

But actually bila dah baring, dah tutup lampu semua.. tak boleh tidur pulak. Badan letih sangat pun ya, dan maybe sebab perasaan terlalu excited dah sampai Perlis. Negeri yang dah lama diidamkan nak pergi especially since mula ber reunion dengan kawan kawan lama thru facebook dan social media. Sampai jugak akhirnya.. 
Alhamdulillah..

So Day 1 habis di sini je ye..

Tunggu entry berikutnya untuk cerita Day 2, 3, 4 pulak tau! :)


 Oh apa apa pun, jangan lupa check waktu solat.. senang nak adjust alarm nanti :)



2 comments:

Nine said...

Salam, best kan ? hehe. Syok noh lama tak tengok bendang2. InsyaAllah nanti kita jumpa Nita, n mai pulak tau !!!

Will waiting n ready for next year insyaAllah :)

HANITA said...

Best sangat. Speechless masa baru sampai tu. Mixed feeling: happy, excited, sayu..
InsyaAllah kami mai nanti next year :)