Sunday, March 30, 2014

Short trip balik kampung

Cuti sekolah seminggu ni, tak ke mana pun. Isnin sampai Khamis berderet meetings di ofis.
Dapat ambil cuti hari Jumaat je. So hari Khamis malam lepas kerja, weols gerak balik ke kampung. Sitiawan, Perak. Sampai rumah Abah & Mama dah pukul 12 lebih, sembang sembang lebih kurang pastu masuk tidur. Penat sangat, non stop dari pagi langsung takde rehat. 

Bangun pagi the next day, lepak dan sembang sembang lagi with Abah Mama. Catch up cerita cerita family, kawan, aktiviti, etc. Received pic from my 2 lil bros; Ofi dan Khairi. Share dengan Mama & Abah. Ofi dengan kereta baru dia kat Abu Dhabi. Abang Dee awal awal dah dapat try @ lenjan kereta Ofi dah. Weol punya turn nanti bila pergi sana hehee, but have to get International Driving Licence first. Senang je proses dia, dan tak mahal rasanya fee nak buat International Licence tu.


Khairi dan wifey Sue pulak tengah holiday@belated honeymoon di London. Bestnya..Diskas dengan Mama, ajak buat plan holiday ke London hujung tahun ni satu family, InsyaAllah kalau panjang umur dan cukup duit tabung..



Kat kampung, tak banyak aktiviti sangat. Lepak di rumah je, berehat. Best betul dapat makan masakan Mama sekali sekala :). 
Petang Jumaat keluar sekejap, outing ke AEON Jusco Sri Manjong. Bawak Mama sekali. Opah jalan jalan dengan cucu, layan icecream Baskin Robin :)




Macam biasa, budak kecik sorang ni la yang paling enjoy sekali kalau pergi outing :D





Sabtu lepas Zohor dah gerak balik ke Shah Alam. Sekejap je pun kat kampung. Nak siap hal sekolah anak anak pulak hari Ahad. Tapi hari Selasa petang nanti Insya Allah jumpa balik Abah & Mama. Derang akan datang Denai Alam pulak. Duduk sini sampai weekend, tolong hubby tengokkan anak. 

Me.. going to Bangkok again. Pergi Rabu balik Sabtu. Lama sikit dari biasa. Last month pergi 2 malam je. Kali ni 4 hari 3 malam. Kalau political unrest situation masih tak habis lagi kat sana, alamatnya hari hari lepas kerja, malam dok berkurung dalam bilik hotel je la melayan maggi sambil baca story book, atau tengok tv cerita Thai. Ha boleh jugak mengenang kembali zaman kecik kecik dulu, duduk Perlis selalu tengok cerita siam, sebab kat Kangar boleh dapat channel Thai. Tengok Ultraman bahasa Siam haha..

Tapi sekarang tak sure still sama ke tak. Maybe sekarang tak heran dah kot, Malaysia sekarang Astro dan macam macam cable tv dah ada, bukan setakat channel Thai, negara lain pun ada agaknya..

Till next time Kampung Serdang..

No comments: