Sunday, February 9, 2014

Bagus ke Ikan ?

Ha..sebab pagi tadi dah pergi Pasaraya Segi shopping pelbagai jenis ikan untuk stock masak minggu depan..so hari ni rasa terpanggil nak blog pasal ikan. 

Sedikit pengetahuan am mengenai benefit IKAN pada kesihatan kita, untuk dikongsi bersama :)

Dalam menu harian atau mingguan kita, sepatutnya mesti ada ikan. Penting untuk kesihatan, dan juga untuk kelangsingan badan!

Pengambilan lauk yang tidak seimbang antara ayam, daging, dan ikan, akan menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari. Makan ayam dan daging terlampau kerap boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kolestrol tinggi.

Diet yang berasaskan ikan dapat membantu mengurangkan kadar hormon leptin yang mempengaruhi nafsu makan  secara berlebihan.
Kita boleh mencapai berat badan ideal dengan mengamalkan diet ikan. Ini bermaksud mereka yang hanya makan ikan dapat merendahkan risiko obesiti  berbanding golongan yang obses makan ayam atau daging.

Ikan juga ialah antara sumber protein yang membantu menguatkan tulang dan mencergaskan minda, membantu perkembangan dan pembaikan sel tisu, enzim dan hormon, dan pertumbuhan.

Ikan berupaya membekalkan vitamin dan mineral untuk pembentukan tulang kerana ia mengandungi vitamin D dan K. Contohnya, vitamin D dalam ikan air masin, ikan halibut, ikan tuna, dan minyak hati ikan. Pengambilan vitamin D yang berterusan amat digalakkan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Ia juga penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak kanak. 
Selain itu, ia juga mencegah otot lemah dan ritma denyutan jantung dengan lebih baik.

Kajian Persatuan Perubatan Amerika mendapati, tahap serangan jantung dalam kalangan wanita makan lima hidangan ikan seminggu jatuh sebanyak 1/3 berbanding mereka yang tidak mengamalkan menu itu.

Kajian juga menunjukkan, tulang minyak ikan dapat mengurangkan gejala kemurungan dan skizofrenia, dan mencegah Alzheimer yang menyebabkan lemah daya ingatan dan mengganggu aktiviti harian.

Khasiat ikan boleh disimpulkan seperti berikut:

  • Merendahkan hormon leptin (mengurangkan nafsu makan)
  • Meningkat stamina, mengurangkan keletihan
  • Mencerahkan kulit muka dan badan
  • Minda makin cerdas
  • Badan terasa lebih ringan
  • Mampu menikmati tidur nyenyak
  • Merendahkan risiko Obesiti
  • Membekalkan vitamin dan mineral dalam pembentukan tulang
  • Mencegah otot lemah
  • Membantu pertumbuhan gigi dan tulang kanak kanak
  • Ritma denyutan jantung akan jadi lebih baik

Tak rugi kita amalkan ikan sebagai sebahagian dari menu harian kita. Selain khasiatnya yang memang banyak, rasa ikan juga manis dan sedap, serta tidak muak. Lagipun ada macam macam resepi yang kita boleh cuba dan menggunakan kreativiti kita, untuk mempelbagaikan rasanya. 











Ini sebahagian dari contoh masakan ikan jer, ada banyak resepi lain lagi di luar sana. 
And don't forget to use your creativity too ..

Selamat menjamu selera :)

No comments: