Monday, July 8, 2013

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak


            Sudah diumumkan tadi, puasa bermula pada hari Rabu 10/7.  Maknanya esok malam bermulalah solat terawih. Dan malam esok juga bermulalah waktu tidur malam ku yang lebih pendek dari biasa..sebab nak kena bangun awal masak untuk sahur.. tapi tu kalau rajin la.. kalau tak, kita masak la sebelum masuk tidur ye tak.. ok la tu kan..hehe... 
Menu sahur untuk esok dah tahu dah, Sup Tulang...cuma tulang je yang belum beli lagi. Esok encik suami pegi cari. Uols sumer menu pun mesti happening gak kan?
            
Di permulaan bulan Ramadhan ni, kita semua akan melalui tempoh penyesuaian dengan pertukaran waktu makan. Asal pukul 10am je perut bunyi. Pukul 12 tengahari bunyi lagi. Lepas tu pukul 4 pun sama..Yelah , perut tu berbunyi ikut schedule makan dia yang biasa, belum adjust lagi ... jadi dalam tempoh penyesuaian tu, sila kuatkan semangat dan banyakkan bersabar ye...jangan pulak tewas dengan godaan...Lepas beberapa hari puasa kita dah adjust dan energy level pun dah almost macam biasa, sampaikan nanti sedar sedar dah nak habis Ramadhan. Jangan pulak kita cari alasan untuk justify produktiviti yang menurun di bulan puasa ni. Bekerja mencari rezeki perlu diteruskan seperti biasa. Dapat pahala...Insya Allah.. 
So siapa yang nak dapatkan Premium Beautiful atau produk produk lain macam Biozone Food Purifier, Bio Velocity SleepMate, BBPlus Collagen, atau bercadang nak memulakan bisnes dan nak dapat DUIT RAYA RM4500 di awal August nanti, DON'T HESITATE TO CONTACT ME OK! Business as usual even masa bulan puasa.. :)

Amat bersyukur rasanya sebab dipanjangkan umur oleh Allah agar dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ni, jadi dapatlah kita menambah collection ibadat kita yang tak seberapa tu.. jadi gunakan peluang ini sebaik baiknya. Kalau berkesempatan, kita cuba lebihkan amalan amalan contohnya membaca Al Quran, bersedeqah, bergotong royong. Kalau masak untuk iftar tu, kongsi lah sejenis dua juadah dengan jiran jiran kita..itu pun ibadah tu tau..
           Sempena bermulanya Ramadhan ni, ingin ku pohon kemaafan dari semua di luar sana; ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan rakan yang jauh dan dekat. Lapangkan dada dan fikiran dan padamkan perkara perkara yang negatif tu semua. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk memudahkan kita beramal ibadat, dan semoga amalan baik kita diterima Allah dan diberkati di bulan yang mulia ini.

Dan...jangan lupa niat puasa ye!! :D

Wassalam..
Hanita
012 4700240 



No comments: